KESIHATAN

Manfaat Dan Khasiat Daun Pudina

GOOGLE

Daun pudina adalah sejenis tumbuhan herba yang dapat hidup dalam jangka masa yang panjang.Daun pudina atau nama lainnya mint ini banyak kengunaannya.Misalnya ia digunakan untuk produk kecantikan,barangan harian,perubatan dan juga dalam masakan.Di dunia ini,terdapat pelbagai jenis daun pudina yang dikenal pasti.Antaranya ialah peppermint,horsemint,water mint,orange mint,pineapple mint,spearmint dan sebagainya.Tahukah anda bahawa pudina ini dapat memberi keyakinan yang tinggi kepada kita semua?

Manfaat Daun Pudina, Bukan Hanya Dalam Ubat Gigi

      Pudina mempunyai pelbagai khasiat seperti dapat mengekalkan kesihatan, kesegaran dan kecantikan seseorang.Daun pudina memberikan kesegaran nafas yang berpanjangan kepada kita.Hal ini membuatkan kita terus yakin untuk bercakap dan berbual dengan orang di sekeliling kita tanpa bimbangkan nafas yang berbau semasa bercakap.

      Orang ramai tidak tahu bahawa daun pudina juga dapat merawat kulit kita sama ada kulit wajah atau kulit badan kita.Bagi kulit wajah yang bermasalah seperti berjerawat,kita dapat menjadikan daun pudina ini sebagai masker muka.Dengan mengisar daun pudina bersama sedikit air untuk mendapatkan pes pekat,kemudian sapu sebagai masker pada kulit wajah yang bermasalah.Selain itu,masalah kulit seperti kulit berpanau dan ruam juga dapat diatasi dengan pudina ini.

      Sesetengah individu mempunyai masalah gatal-gatal pada kulit badan.Daun pudina dapat membantu  kita menghilangkan rasa gatal tersebut.Untuk menghilangkan rasa gatal pada kulit badan ini,kita perlu megisar daun pudina dan masukkan kedalam baldi.Semasa mandi,selepas sabun,bilas badan dengan air daun pudina dalam baldi tadi.Selain rasa gatal hilang badan kita juga sentiasa segar dan wangi dengan aroma pudina.

     Badan kita yang kekal segar ini akan memberi keyakinan kepada kita untuk berinteraksi serta berhubung dengan dunia luar.Tiada lagi rasa tidak yakin kerana masalah nafas berbau,badan berbau dan gatal- gatal.Tidak malu lagi untuk bergaul dengan orang sekeling kerana tiada lagi masalah kulit muka berjerawat.

     Setakat ini sahaja perkongsian dari saya.Anda boleh mencuba petua-petua yang diberikan ini.Tak susah nak cuba kerana daun pudina mudah didapati di pasar atau di pasar raya. Malah, anda juga boleh menanamnya sendiri untuk menjimatkan kos.

Semoga bermanfaat.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *