Maksud Syafakallah

Maksud Syafakallah | Perkataan dalam bahasa arab sering digunakan di media sosial untuk diucapkan kepada sahabat-sahabat dan ahli keluarga. Ucapan dalam bahasa arab sangat popular kerana bunyi lebih mendalam dan islamik.

Pelbagai ucapan seperti sanah helwah, syafakallah, shafahullah dan banyak lagi yang dengan pelbagai maksud. Bagi mereka yang dah biasa guna mungkin tahu maksudnya tetapi ramai lagi rupanya yang belum tahu maksud sebenar perkataan tersebut.

maksud syafakallah

Maksud Syafakallah, Syafahullah Dan Syafahumullah

Syafakallah: Semoga Allah SWT memberi kesembuhan kepadamu. Ucapan ini ditujukan kepada pesakit lelaki secara terus dan bukan sebagai kiriman pesanan melalui orang tengah. Boleh juga disertakan dengan ucapan sambungan seperti “Syafakallah, saya doakan semoga segala urusanmu dipermudahkan”.

Syafahullah: Semoga Allah swt memberi kesembuhan padanya. Ucapan ini sesuai untuk digunakan semasa sedang bercakap tentang pesakit bersama keluarga dan sahabat. Perkataan ini ditujukan kepada pesakit lelaki.

Syafahumullah: Bermaksud semoga Allah swt memberi kesembuhan kepada mereka. Diucapkan untuk pesakit lelaki yang lebih dari seorang.

Baca juga: Mimpi Gigi Patah Separuh

Maksud Syafakillah, Syafahallah Dan Syafahunnallah

Syafakillah: Bermaksud semoga Allah swt memberi kesembuhan padamu. Maksudnya sama seperti syafakallah tetapi yang ini untuk ditujukan kepada pesakit perempuan/wanita. Diucapkan secara terus kepada pesakit samada depan-depan atau dalam media sosial.

Syafahallah: Bermaksud semoga Allah swt memberi kesembuhan padanya. Perkataan ini sama maksud dengan syafahullah tetapi yang ini ditujukan kepada pesakit perempuan/wanita.

Syafahunnallah: Bermaksud semoga Allah swt memberi kesembuhan kepada mereka. Juga ditujukan untuk pesakit perempuan/wanita.

Apabila kita sedang bersembang dengan pesakit atau memberi ucapan dalam media sosial yang merujuk kepada jumlah pesakit yang ramai boleh gunakan perkataan “Syafakumullah” yang membawa maksud, semoga Allah SWT memberi kesembuhan kepada kalian. Perkataan ini ditujukan kepada sekumpulan pesakit lelaki.

Begitulah beberapa perkataan ucapan dalam bahasa arab yang digunakan dalam situasi orang sakit. Perbezaan sebutan mempunyai maksud yang sedikit berbeza bergantung pada jantina pesakit, jumlah pesakit dan samada diucapkan secara terus kepada pesakit atau hanya ucapan ketika bersama sahabat atau keluarga pesakit.

Wallahu a’lam..

Rujukan: mywilayah

1 thought on “Maksud Syafakallah”

Leave a Comment