lupa kata laluan i-akaun

Lupa Kata Laluan i-Akaun Ahli Kwsp ?

Bermula i-Lestari akaun 2 kwsp, kemudian i-Sinar untuk akaun 1, dan sekarang diperkenalkan pula i-Citra. Pencarum kwsp berpusu-pusu ke cawangan untuk membuat permohonan i-Akaun KWSP pada awal i-Lestari diperkenalkan.

Ramai yang tidak menyangka kerajaan akan mengumumkan lagi pengeluaran kwsp untuk kali ke 3 menerusi i-Citra. i-Akaun kwsp jarang kita login sebab kegunaannya juga terhad untuk perkara-perkara tertentu sahaja. Bila dah lama tak log masuk menyebabkan ramai ahli yang terlupa kata laluan atau password tersebut.

Bagaimana cara untuk mendapatkan kembali kata laluan i-Akaun Ahli KWSP ?

Pertama sekali, pergi ke laman sesawang https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login . Jika lupa kata laluan, klik pada pautan “Forgot User ID/Password?” dibawah ruangan user id. Setelah itu, ia akan minta anda isikan form ringkas, sebelum itu pastikan anda ingat nombor telefon yang telah didaftarkan.

Isikan detail yang diminta dan anda kena masukkan nombor telefon yang telah didaftarkan dalam i-Akaun semasa anda mendaftar i-Akaun Ahli mula-mula dulu. Pada form itu juga anda diminta request tac no, dan sistem akan hantar no tac ke nombor telefon yang telah didaftarkan. Setelah masukkan nombor tac, ikut arahan seterusnya hingga kepada penetapan kata laluan (Password) baru. Masukkan kata laluan baru dan tekan butang seterusnya dan selesai.

Bilakah Tarikh Permohonan i-Citra Dibuka?
Permohonan i-Citra akan dibuka bermula 15 Julai 2021 melalui laman icitra.kwsp.gov.my.

Bilakah Tarikh Bayaran i-Citra KWSP Dibuat?
Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli dalam bulan Ogos 2021.

Rujukan: kwsp, ecentral

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *