Kulit Kepala Berkuping: Kongsi Pengalaman Sembuh

Cara Merawat Kulit Kepala Berkuping | Alhamdulillah, akhirnya berjaya temui cara merawat kulit kepala berkuping teruk. Langkah mudah tapi ramai tak buat mungkin sebab malu.

Bukan nak cerita pasal orang lain, tapi masalah ni berlaku dalam keluarga saya sendiri. Masalah ni dah lama sebenarnya dan macam-macam krim dah cuba tapi tiada hasil yang memuaskan.

Mula-mula ingat cuma masalah kelemumur biasa dan menjadi kelemumur berkuping sebab dibiarkan lama tanpa rawatan. Bila makin teruk, dah tak nampak macam kelemumur tapi macam kulit kepala kering berkuping.

Kulit Kepala Kering Dan Berkuping Bukan Kelemumur Biasa

Masalah kulit kepala berkuping menyebabkan rasa gatal yang teruk pada bahagian tersebut. Boleh jadi stress nak mikirkan cara hilangkan masalah ni, macamana nak matikan kuman atau bakteria yang menyebabkan kulit kepala gatal dan berkuping.

Nak kata kurap bukan kurap, tapi ia sangat gatal dan makin teruk apabila digaru sampai berair dan berdarah. Macam selalu, kalau naik kurap kami biasa guna ubat econazine dan sangat berkesan dalam beberapa sahaja boleh hilangkan kurap sepenuhnya.

Untuk masalah kulit kepala ni, kami cuba guna krim econazine dan memang berkesan untuk kurangkan gatal dan tanggalkan kulit kepala kering tersebut tapi ia tidak menyembuhkan. Kulit kepala kering dan berkuping akan sentiasa terjadi dan makin hari makin merebak teruk dan macam berkudis.

Setelah sekian lama, akhirnya kami jumpa cara terbaik yang membantu kami selesaikan masalah kulit kepala ini.

Petua kulit kepala kering dan mengelupas ini saya kongsikan melalui pengalaman dan bukan research dari mana² sumber atau rujukan. Saya kongsikan langkah ini kerana saya yakin ramai rakan² diluar sana menghadapi masalah yang sama.

Cara Hilangkan Kulit Kepala Berkuping

Ramai yang mungkin sedang mencari tip hilangkan kelemumur berkuping tapi tidak berhasil menyelesaikan masalah tersebut. Malah, tidak kena cara boleh jadi makin teruk dan kulit kepala kering makin menebal

Sebenarnya dah lama kami dapat info ada sebuah klinik pakar kulit di pasir mas kelantan, cuma belum buat keputusan untuk ke sana. Memandangkan keadaan makin teruk, kami terus cari info jalan untuk ke klinik tersebut.

Inilah masalah orang kita, takut sangat nak pegi klinik buat checkup. Sepatutnya masalah kulit harus dirujuk kepada pakar kulit kerana mereka lebih arif dan berpengalaman mengendalikan pelbagai kes berkaitan masalah kulit.

Nama tempat rawatan itu ialah Klinik Nik Azam. Tengok pada luaran memang klinik ni dah lama ditubuhkan, mungkin sudah lebih 20 tahun agaknya. Dengar kata dulu mereka simpan rekod pelanggan secara bertulis tapi sekarang semua dalam sistem komputer.

kulit kepala berkuping
Klinik Nik Azam, Pasir Mas, Kelantan

Apabila jumpa doktor, setelah dilihat bahagian kulit kepala bermasalah itu beliau bagi beberapa ubat dan nasihat. Antara ubat yang diberi kalau tak silap 4 jenis kesemuanya iaitu antibiotik, ubat gatal, gel untuk sapu, dan syampu kepala.

Paling mengejutkan, hanya beberapa hari saja guna masalah kulit kepala nampak makin sembuh. Gatal juga hilang dan kulit kepala kering yang berkuping itu sudah tidak kelihatan lagi.

Rupanya memang betul lah cakap-cakap orang bahawa klinik ini bagus. Mereka yang datang rata-rata masalah kulit, gatal, kurap dan pelbagai masalah berkaitan kulit termasuk lah kulit lepala berkuping.

Gambar sekitar klinik pakar kulit, Klinik Nik Azam. Dihadapan seberang jalan terdapat kedai bundle pakaian terpakai, baju kemeja bundle cantik-cantik boleh dapat kat sini.

kulit kepala berkuping
klinik pakar kulit pasir mas

Apabila ubat dah nak habis, kami akan kesini lagi untuk sambung ubat hingga sembuh sepenuhnya. Diharap perkongsian pengalaman ini memberi manfaat untuk sahabat diluar sana sebagai rujukan atau ada yang mungkin menghadapi masalah yang sama.

Credit:foto kulit kepala

Leave a Comment