Ramai yang salah faham berkenaan perintah kuarantin wajib yang ditetapkan oleh KKM bagi rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

Mereka menyangka kuarantin wajib tersebut ialah hanya tidak dibenarkan keluar rumah selama 14 hari dalam tempoh kuarantin tersebut. Tetapi kuarantin wajib yang diberitahu sebenarnya lebih ketat iaitu perlu asingkan diri di dalam bilik dan tidak boleh bergaul atau berlegar – legar di dalam rumah.

Bukan itu sahaja, waktu makan juga ahli keluarga yang perlu menghantar makanan ke bilik. Mereka perlu patuh dengan rela mengasingkan diri termasuk tidak menonton televisyen diruang tamu.

Dalam masa yang sama mereka perlu sentiasa mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang baik seperti kerap membasuh tangan dengan air atau sabun, atau menggunakan hand sanitizer.

Mereka yang baru pulang ke Malaysia akan dipakaikan gelang dan tidak boleh ditanggalkan sepanjang tempoh kuarantin. Gelang ini akan ditanggalkan oleh pegawai yang diberi kuasa selepas tempoh pengawasan dan pemerhatian

Denda RM1000 Ingkar Arahan Kuarantin Wajib

Kompaun sebanyak RM1000 bagi yang degil ingkar arahan atau dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan. Kerajaan sangat memandang serius isu ini kerana usaha memutuskan rantaian wabak covid19 belum berjaya sepenuhnya.
Bagi mereka yang menjalani kuarantin wajib, walaupun telah disahkan negatif pada permulaan pulang ke Malaysia, mereka sebenarnya belum bebas dan perlu menjalani satu lagi ujian pada hari ke 13 kuarantin tersebut.