PERNIAGAAN

Kini Penjaja Jeruk Jalanan Di Terengganu Diberi Kelonggaran Sementara

Sebelum wabak covid19, menjaja jeruk dijalanan seperti di persimpangan lampu isyarat telah dilarang beroperasi di Terengganu. Namun, kini penjaja diberi kelonggaran sementara berikutan peniaga kecil yang terjejas teruk akibat pandemik ini.

Kelonggaran menjaja perlulah mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan, supaya aktiviti tersebut tidak mengganggu lalulintas terutamanya dikawasan sesak. Ekoran wabak covid19 lalu dan perintah kawalan pergerakan sejak 18 mac, ramai peniaga terputus bekalan modal untuk memulakan kembali aktiviti perniagaan. Oleh itu, kerajaan mempertimbangkan semula dan mengambil langkah ini atas dasar keperihatinan terhadap masalah rakyat alami.

Semasa larangan menjaja dilaksanakan dahulu, peniaga yang berdegil akan dikenakan tindakan seperti gerai dirobohkan dan barangan jualan akan dirampas. Namun sekarang peniaga hanya akan diberi teguran dan diminta berpindah ke lokasi lain yang lebih sesuai untuk menjaja. Kebenaran menjaja hanya dibenarkan dikawasan yang selamat dan tidak mengganggu keselamatan masyarakat.

Sebenarnya, kelonggaran menjaja ini telah diberi oleh kerajaan negeri setelah pengumunan PKPP 10 jun lalu oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaupun begitu, undang-undang sedia ada tetap dipakai dan kerana itulah penjaja kena mematuhi SOP yang ditetapkan.

BHARIAN

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *