Khasiat Kunyit Hitam

Kunyit sememangnya bahan keperluan asas yang wajib ada untuk tujuan masakan. Ia juga digunakan untuk pelbagai tujuan lain seperti untuk perubatan dan kecantikan. Kunyit tersebut berwarna kuning terang dan kemerahan, boleh didapati di mana-mana kedai dan ada juga dalam bentuk serbuk kering.

Namun, kunyit hitam jarang kita jumpa ada dijual di mana-mana pasar atau pasaraya. Kunyit hitam sukar diperolehi dan jika ada pun harganya lebih mahal. Isinya berwarna ungu kehitaman, dan bentuk daunnya sama seperti kunyit biasa cuma terdapat warna kehitaman pada bahagian tengah daun.

Sebenarnya kunyit hitam sudah lama wujud, dan ia pernah digunakan oleh nenek moyang kita sejak dulu lagi sebagai rawatan tradisional dulu-dulu. Kini kunyit hitam kembali menjadi rebutan pakar-pakar perubatan untuk dijadikan penawar atau sebagai pemakanan kesihatan yang diformulasikan menjadi produk kesihatan yang bernilai.

Lebih 20 Khasiat Kunyit Hitam Untuk Kesihatan

-Anti oksidan yang baik (anti oksidan dalaman).
-Mengurangkan risiko sakit otot, sakit kepala atau perut, meningkatkan kekuatan otot, meningkatkan bekalan darah ke se-sel otak.
-Membantu mengimbangi tahap hormon, mengawal haid dan meningkatkan daya hidup bagi wanita, namun keputusan mungkin berbeza bergantung kepada individu.
-Aktiviti aprodisiah (meningkatkan keinginan seksual, motivasi seksual dan prestasi seksual).
-Anti kanser.
-Antiplasmodial (mencegah malaria atau denggi) antikulat dan anti mikrobakteria sederhana.
-Aktiviti adaptogenic dan kesan anti kemurungan (meningkatkan daya tahan terhadap spektrum luas faktor berbahaya (tekanan) yang sifat fizikal, kimia dan biologi berbeza.
-Penyakit keradangan yang berkaitan: gout, alahan atau alergi, ulser apthous dan ulser peptik.
-Aktiviti anti alergi.
-Kesan anti-gastrik ulser.
-Kesan anti-obesiti.
-Mencegah diabetik, paras glukosa darah yang rendah.
-Peningkatan aliran darah.
-Aktiviti anticholinesterase (mencegah dan penawar penyakit Alzheimer).
-Mengawal gula dalam darah dan peredaran darah, meningkatkan peredaran darah.
Meningkatkan libido, nafsu.
-Meningkatkan daya tahan dan daya hidup.
-Meningkatkan kekuatan dan tenaga, mengurangkan keletihan.
-Membantu sistem penghadaman.
-Mengurangkan trigliserida.
-Kesan sindrom anti-metabolik.
-Proses penyembuhan daripada sensitiviti sejuk yang berlebihan dan bengkak.
-Meningkatkan kekuatan otot.
-Membantu rawatan resdung tahap kronik, alahan dan kegatalan.
-Merangsang penghadaman dan mengelakkan sembelit serta buasir.
-Rangsangan prestasi seksual (wanita) dan menopaus.
-Mencegah penyakit kardiovaskular (strok dan jantung), peningkatan peredaran darah.

sumber : jmr23

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *