Lidah buaya atau dikenali ramai dengan nama aloe vera merupakan sejenis tanaman yang mengandungi beragam nutrisi.Tumbuhan ini dipercayai memberi banyak khasiat kepada kulit dan juga rambut.Oleh sebab itu,lidah buaya ini secara umumnya digunakan dalam pembuatan produk-produk kecantikan dan juga kesihatan.Lidah buaya biasanya dalam bentuk gel ataupun ekstrak sering ditambah ke dalam sabun,syampu,losyen, krim wajah dan sebagainya.Selain itu,lidah buaya ini juga ditemui dalam bentuk makanan mahupun minuman.

     Sejak dahulu lagi tumbuhan ini digunakan dan diperkenalkan sebagai perawat masalah pada kulit wajah selain dari rambut.Hal ini dikatakan kerana ia mampu untuk menyelesaikan masalah kulit wajah kering.Walau apapun jenis kulit kita, masalah kulit kering sering berlaku.Hal ini menyebabkan kita perlu menggunakan pelembap sebagai sebahagian perawatan wajah kita.Kita boleh menggunakan gel lidah buaya atau ekstrak lidah buaya setelah selesai mencuci wajah.Ini untuk mengekalkan kelembapan pada wajah kita.

    Kulit wajah yang normal memang jarang bermasalah, namun tetap perlu dirawat untuk mencegah kekusaman dan penuaan dini, serta jerawat.Gunakan masker dan serum wajah yang mengandungi ekstrak lidah buaya untuk merawat kulit normal, agar terhindar dari berbagai masalah kulit.Produk dengan lidah buaya juga dapat mencegah timbulnya jerawat dan meredakan jerawat yang timbul. Caranya adalah dengan sapukan gel lidah buaya pada wajah,biarkan selama 10-15 menit, lalu bilas hingga bersih. Akan tetapi kita perlu hindari penggunaan produk lidah buaya dengan bahan pelembap lain yang mengandungi bahan kimia lain agar kulit wajah tidak terasa lebih berminyak.

     Jangan risau bagi masalah kulit yang sensitif pula boleh memilih produk lidah buaya yang tidak mengandungi alkohol yang boleh  menyebabkan alergi pada kulit. Tambahan lagi lidah buaya juga dapat membantu mempercepat penyembuhan luka dan kulit terbakar pada wajah kita.Dengan cara sapu gel lidah buaya pada wajah dan biarkan kering selama beberapa minit.Kemudian bilas.Gel lidah buaya ini boleh disapukan pada wajah kita dua kali sehari.

      Cubalah untuk memilih produk yang mengandungi ekstrak lidah buaya. Namun harus sentiasa diingati bahawa tidak semua orang sesuai dengan lidah buaya. Jika muncul ruam kemerahan, gatal, atau pedih pada kulit setelah disapu dengan lidah buaya, besar kemungkinan kita mengalami alergi. Segera bilas dan hentikan penggunaan produk.