Pokok Belimbing Buluh ialah sejenis pokok buah-buahan yang berasal dari Malaysia dan Indonesia. Buahnya mempunyai bentuk bersegi empat memanjang serta bersaiz kecil. Nama saintifiknya ialah Averrhoa Bilimbi dikenali dari keluarga Oxalidceae. Ianya jarang dimakan segar kerana rasa buahnya yang terlalu masam. 

Khasiat Tersembunyi Belimbing Buluh

      Kebiasaannya,buah yang hampir masak digunakan sebagai penyedap rasa dan juga ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional. Contohnya,sambal hitam belimbing buluh. Ianya juga digunakan dalam masakan seperti ikan kari,asam pedas dan udang masak lemak. Hal ini kerana buah belimbing buluh ini dapat menghilangkan rasa hanyir ikan terutamanya bagi ikan-ikan darat atau ikan air tawar. Oleh itu,kebanyakan orang Melayu dan Cina sering menggunakan belimbing buluh dalam masakan.
      Selain itu,khasiat belimbing buluh adalah dari daunnya. Daun belimbing dapat menghilang jerawat. Daunnya perlu digiling halus dan dilumur pada muka. Tambahan lagi,ianya dapat melembutkan kulit muka sekaligus menghilang panau dan sebagainya.
   
      Jika direbus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Untuk menghilangkan batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, 3 kali sehari.
      Jus buah belimbing inin juga dikatakan berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi,kencing manis dan juga kejadian kes pitam. Anda hendaklah mengambil beberapa buah yang segar. Bersihkannya terlebih dahulu. Kemudian potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya dan amalkannya setiap sekali sehari selepas sarapan tidak kira sama ada waktu pagi ataupun petang. Rasa jus ini teramatlah masam. Jadi anda boleh menambahkan sedikit perasa seperti madu atau gula batu.
     Seterusnya,ada dikalangan penduduk kampong yang menggunakan belimbing buluh sebagai rawatan untuk masaalah sakit gigi. Bagi mereka yang ada menghidapi batuk yang berterusan maka akan menyusahkan dan adalah dinasihatkan agar mengambil belimbing buluh segar dan kemudian merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang. Belimbing buluh atau nama saitifiknya (Averrhoa bilimbi) adalah daripada keluarga(Oxalidaceae) dipanggil juga belimbing asam banyak terdapat dijual oleh penjual sayur-sayur kampong di pasar-pasar tani.
       Sekiranya anda mengalami demam panas, bolehlah mencuba petua ini. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar. Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat. Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih. Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit. Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan. Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.
    Untuk bayi yang diserang penyakit kuning pula, mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya. Semoga bermanfaat.

sumber psv3