kes covid-19 india

Kes Covid-19 Di India Seperti Bencana Tsunami

India kini merekodkan jumlah kes harian tertinggi didunia pada masa ini. Kes harian covid-19 di India sekitar 350,000, dan telah mencatat jumlah kematian sekitar 2500 orang dalam tempoh 24 jam.

India berada dalam kedudukan kedua teratas yang terjejas akibat pandemik covid-19. Amerika Syarikat masih dalam kedudukan pertama iaitu 32.3 juta kes manakala India 18.4 juta kes direkodkan keseluruhan setakat 30/4/2021.

Kedudukan 5 Negara Teratas Kes Covid-19 Dunia

Bekalan ubat-ubatan di hospital-hospital di India semakin berkurangan dan ada hospital yang sudah kehabisan ubat untuk merawat pesakit covid-19. Keadaan menjadi semakin parah apabila bekalan oksigen juga tidak mencukupi.

Bekalan oksigen yang sedikit menyebabkan keadaan menjadi huru-hara, dan ada yang mendakwa banyak bekalan oksigen telah dicuri. Ketiadaan bekalan oksigen menyebabkan pesakit tidak dapat bertahan dan berakhir dengan kematian.

Kes Covid-19 Di India

Dalam pada itu, pihak berkuasa India berikrar untuk mengenakan ‘hukuman gantung sampai mati’ terhadap mana-mana pihak yang sengaja melambatkan penghantaran bekalan oksigen bagi kegunaan pesakit Covid-19.

Sebuah mahkamah tinggi di New Delhi hari ini memberi amaran pihaknya akan mengenakan hukuman mati selepas berlaku penyelewengan bekalan oksigen oleh pegawai kerajaan negeri.

Mahkamah tersebut menyifatkan keadaan yang berlaku di India ketika ini sama seperti ‘tsunami’.

utusan.my

Kehadiran Varian baru koronavirus menyebabkan jangkitan cepat merebak dan memburukkan lagi keadaan di India.

Situasi genting ini tidak dapat dikawal sekiranya masalah kekurangan bekalan oksigen ini berterusan. “sumber : utusan.my“, foto.

1 thought on “Kes Covid-19 Di India Seperti Bencana Tsunami”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *