kencing manis

Kencing Manis – Faktor, Gejala Dan Cara Mencegah

Diabetis merupakan penyakit yang disebabkan oleh glukosa yang tinggi dalam badan. Pesakit diabetis bukan hanya terdiri daripada mereka yang berumur 30 tahun dan lebih. Namun sebilangannya juga terdiri daripada kanak kanak dan remaja. Hal ini telah dipengaruhi banyak faktor antaranya ialah :

  • Faktor genetik
  • Tekanan darah tinggi
  • Kurang bersenam
  • Mempunyai penyakit – Polycystic Ovarian syndrome.
  • Masalah kencing manis ketika mengandung
  • Kolesterol tinggi
  • Keradangan pankreas
  • Faktor persekitaran
  • Kegagalan sistem badan mengawal kandungan gula
  • Kekurangan penghasilan insulin.

Anda disarankan untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi mengelakan daripada sebarang penyakit.

CARA MENCEGAH

  • Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
  • Mengimbangkan pengambilang Metabolisme dalam badan.
  • Tingkatan oksigen dalam badan(memeperbanyakkan minum air kosong yang bersih)
  • Kawal pengambilan makanan yang berlemak.
  • amalkan senaman fizikal.

-GEGALA KENCING MANIS-

  • Merasa letih, lesu dan kurang bertenaga.
  • mudah mendapat penyakit kulit.
  • kerap kencing dan banyak (siang dan malam)
  • mudah merasa lapar.
  • rasa kebas pada tangan dan kaki.
  • berat badan menurun.
  • carbuncle (jangkitan kuman pada kulit dan mengakibatkan nanah yang besar) .

Dengan itu bagi mereka yang didapati mempunyai gejala seperti berikut. Anda dikehendaki segara berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan susulan.

Jika penyakit tersebut tidak di rawat. Di boleh menyebabkan beberapa sistem saraf atau organ gagal berfungsi dengan baik jika glukoy dalam darah tidak terkawal. Terdapat beberapa lagi masalah yang boleh memudaratkan diri antaranya ialah ;

  • Strok (angin Ahmar)
  • Tekanan darah tinggi- peningkatan taraf lipid (lemak).
  • Mati pucuk(impotent)-organ reproduktif-
  • Jangkitan kulit yang berulang seperti bisul dan nanah yang besar.
  • Masalah deria (sistem saraf gagal berfungsi)
  • Boleh menyebabkan buta mata.
  • Lumpuh sebelah badan
  • Kegagalan ginjal berfungsi.

Sumber foto

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *