keburukan satay

Keburukan Makanan Bakar Seperti Satay

Keburukan Satay Yang Didakwa Penyebab Kanser

Satay merupakan menu yang menjadi pilihan ramai terutamanya apabila menyambut perayaan dan seumpamanya. Dalam keenakan satay, terdapat juga keburukan pengambilan makanan jenis dibakar jika diambil secara berlebihan.

Menurut kajian, pengambilan arang yang terdapat pada bahagian makanan yang dibakar seperti satay boleh menyebabkan penyakit kanser, adakah benar?

Karsinogen terbentuk dari pelbagai keadaan dan antaranya dari masakan yang melalui proses tertentu seperti pemanasan yang tinggi, samada dibakar atau digoreng. Jenis makanan berprotin seperti ayam, daging, dan berkanji seperti roti juga boleh terbentuknya karsinogen penyebab kanser jika melalui kaedah masakan seperti itu.

Satay dikaitkan dengan penyebab penyakit kanser kerana dimasak hingga terdapat bahagian hangit dan menjadi arang. Namun, tidak semestinya menyebabkan kanser secara terus kerana banyak lagi sebab yang lebih wajar berlakunya kanser.

Apakah Karsinogen?

Secara umumnya sesuatu bahan yang melalui tindakbalas tertentu yang boleh menyebabkan kanser dipanggil juga sebagai karsinogen. Karsinogen boleh jadi seperti virus, zat kimia, ubat-ubatan tertentu, radiasi dan pelbagai lagi. Karsinogen yang masuk kedalam badan mampu merosakkan sel-sel badan dan menyebabkan kanser.

Kenapa Satay Dihidang Bersama Timun Dan Bawang ?

Menurut kajian, timun dan bawang merupakan bahan yang boleh meneutralkan kandungan karbon pada makanan yang dibakar seperti satay. Karbon terbentuk dari bahagian satay yang dibakar hangit(hitam). Namun masih ramai yang tidak mengetahui hal ini, malah menganggap timun dan bawang hanyalah penyedap dan boleh kurangkan rasa muak.

Satay hanyalah sebahagian kecil makanan yang dianggap boleh menyebabkan kanser, sedangkan banyak lagi penyebab lain yang lebih menjurus kearah terbentuknya karsinogen. Namun, kepada penggemar makanan bakar seperti satay disarankan untuk tidak berlebihan dan elakkan dari memakan bahagian hangit (hitam) yang boleh meletakkan diri anda dalam risiko kanser.

Banyak cara untuk mengelakkan diri dari terkena kanser antaranya, pengambilan makanan sihat seperti sayuran, buah-buahan, dan amalkan beberapa senaman. Amalan gaya hidup sihat bukan sahaja dapat mengelakkan kanser tetapi juga pelbagai lagi masalah kesihatan lain.

Sumber::
Ohbulan
Hellosehat
FBalmizansatayhouse
FotoMstar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *