LOKASI

Keaslian Khatulistiwa Lata Keding Di Bukit Kudung Jeli Kelantan

Pantai Timur memang terkenal dengan tempat – tempat menarik seperti air terjun dan tempat berkelah air tawar. Banyak destinasi yang menjadi tempat tumpuan pengunjung yang ingin berkelah hujung minggu dan musim cuti.

Di Jeli Kelantan, terdapat sebuah tempat menarik yang jarang kita dengar dan jarang disebut kerana ianya terletak di kawasan kampung pedalaman. Sesuai sebagai tempat persinggahan untuk menikmati keindahan hutan yang asli kekal terjaga. 
Lata Keding yang terletak di Bukit Kudung Jeli Kelantan kini semakin disebut namanya. Di sana terdapat sebuah kolam mata air berbentuk hati (love) yang menyambut kedatangan pengunjung. Udara yang segar hasil dari keaslian khatulistiwa pasti memukau setiap pengunjung yang datang.
Dengan tiupan angin yang nyaman, sangat sesuai untuk mereka yang mencari-cari tempat yang tenang dan damai jauh dari kesibukan kota. Lata Keding dan Bukit Kudung berpotensi untuk menjadi tumpuan pengunjung sebagai sebuah tempat rekreasi utama.
Di sana terdapat air terjun yang sangat cantik selain menara kincir angin dan tugu I Love Bukit Kudung Jeli yang terletak di resort tersebut. Dalam masa yang sama, pengunjung boleh mendaki Bukit Kudung yang ketinggiannya 448 meter yang pasti menguji stamina.


Chalet yang cantik dan restoran yang menawarkan harga berpatutan menjadi tarikan pengunjung dan boleh dilabelkan sebagai destinasi untuk semua golongan. Pengunjung boleh melakukan aktiviti luar, disana juga terdapat Trek Motorcross sesuai untuk lelaki macho yang inginkan aktiviti lasak dan mencabar.

Bukit Kudung terletak di pedalaman anggaran sejauh 4km dari Kampus Universiti Malaysia Kelantan UMK Jeli. Menurut sebuah sumber, Bukit Kudung pernah dijadikan kubu persembunyian komunis dikawasan itu dan ramai yang masih tidak mengetahui kisah ini.

Pihak pengurusan sangat mengambil serius soal keselamatan pengunjung dan kebersihan sentiasa terjaga demi mengekalkan keindahan dan keaslian destinasi ini. Jika anda menggunakan Lebuh Raya Timur-Barat dari utara menuju Pantai Timur, singgahlah menghirup udara segar di Lata Keding Bukit Kudung dan pasti menjadi satu pengalaman yang indah buat anda sekeluarga.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *