PERNIAGAAN

Karya P. Ramlee Turut Diceritakan Oleh Media Luar BBC News

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee adalah seniman yang banyak berjasa kepada industri perfileman tanah air. Saya ada terbaca dalam BBC News, media tersebut ada juga menceritakan berkenaan profil P.Ramlee dan karya-karya yang pernah dihasilkan.

Menurut media tersebut, P. Ramlee bukan sahaja terkenal di Malaysia tetapi juga sehingga luar negara seperti hongkong dan jepun.

Menurutnya lagi, google pernah memberi penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan melakarkan watak animasi seniman tersebut pada halaman utama enjin pencarian google.

Lihat betapa besarnya impak daripada karya-karya yang beliau tinggalkan walaupun berpuluh tahun yang lalu tetap diingati hingga ke hari ini.

P. Ramlee terkenal kerana kebolehannya yang serba boleh. Beliau bukan sahaja pelakon, beliau juga penyanyi, penulis lagu, penulis skrip, pengarah, dan pelbagai lagi. Selain itu, beliau mahir memainkan pelbagai jenis alat muzik.

Akhirnya pada usia 44 tahun Beliau menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung. Pemergian P. Ramlee merupakan kehilangan besar kepada industri tanah air kita, namun jasa dan pengorbanan beliau tetap dalam ingatan.

sumber : google,bbc news

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *