KESIHATAN

Joging Mampu Kurangkan Risiko Serangan Jantung Dan Strok

      Berjoging adalah berjalan cepat atau berlari anak yang membantu penyerapan oksigen ke jantung agar dapat berfungsi dengan lebih baik dan cepat. Secara kebiasaannya seseorang itu melakukan aktiviti joging ini pada waktu pagi atau petang. Aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai hobi serta aktiviti yang wajib dilakukan walau sekali sehari. Tahukah anda berjoging ini banyak manfaatnya?

Jadikan Joging Sebagai Aktiviti Rutin

     Antara manfaat atau kelebihan berjoging adalah dapat mengelakkan masalah strok. Hal ini kerana darah dalam badan kita sentiasa mengalir dengan baik dan lancar. Ianya kerana berjoging adalah merupakan salah satu cara yang sangat efektif yang membuatkan otot jantung bekerja. Apabila darah berjalan dengan baik secara lansungnya akan dapat merendahkan risiko sakit jantung yang boleh membawa kepada strok.

       Kepada yang ingin menjaga badan mereka, jogging merupakan satu cara yang sangat bagus untuk menurunkan berat badan. Secara puratanya, jika berjogging selama 1 jam, sebanyak 1000 kalori akan dibakar. Apabila berlakunya pembakaran kalori, ia memudahkan untuk anda menguruskan badan. Untuk membakar kalori lebih banyak perlu jogging lebih lama atau dengan lebih pantas.

        Jika anda jogging secara tetap, sebenarnya anda sedang memberi bebanan otot dan tulang secara positif. Dalam masa yang sama, tulang akan dirangsang untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah dimamah usia. Tulang tidak mudah reput dan menjadi lebih kuat. Hal ini membolehkan kita semua melakukan segala perkara yang ingin dilakukan sama ada ringan atau berat.

         Secara umumnya juga, mereka yang kerap berjoging ini mempunyai tahap kerungsingan yang lebih rendah berbanding mereka yang jarang atau tidak jogging. Hal ini kerana otak kita akan berasa tenang dan tekanan juga berkurang apabila kita berjoging. Satu kajian menunjukkan jogging yang kerap mengurangkan aktiviti reseptor serotonin yang berfungsi mengawal mood anda.

    Oleh yang demikian,kita hendaklah sentiasa mengamalkan dan menjadikan aktiviti jogging ini sebagai hobi seharian kita. Selamat mencuba!

Similar Posts

2 thoughts on “Joging Mampu Kurangkan Risiko Serangan Jantung Dan Strok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *