kesan patukan ular
INFO DAN TIPS,  KESIHATAN

Jika Dipatuk Ular Apa Yang Harus Dilakukan

Lebih dari 100 spesis ular yang wujud di Malaysia, namun ular yang mempunyai bisa beracun sekitar 17 spesis sahaja. Jenis ular yang tidak mempunyai bisa, ia tetap merbahaya kerana mampu menggigit dan membelit.

Jenis ular berbisa yang popular dan biasa disebut-sebut dikalangan masyarakat kita seperti ular tedung, ular tedung selar, ular senduk, ular kapak, dan king kobra.

Dalam menghadapi keadaan digigit ular berbisa, anda haruslah mempunyai serba sedikit pengetahuan sebagai langkah awal sekiranya ia berlaku kepada diri anda atau keluarga.

Perkara Yang Perlu dilakukan Sekiranya Dipatuk Ular

  1. Jika dipatuk ular anda harus bertenang dan jangan panik atau minta mangsa untuk tenangkan diri. Pergerakan mangsa perlu dihadkan, langkah ini penting untuk elak dari racun bisa ular merebak dengan cepat keseluruh badan.
  2. Hubungi 999 dan saudara terdekat untuk bantuan awal jika berseorangan. Jangan tunggu terlalu lama, jika bantuan lambat tiba segeralah ke pusat rawatan berhampiran.
  3. Bawa mangsa keluar dari kawasan merbahaya, gunakan papan untuk mengangkat mangsa atau papah jika perlu.
  4. Basuh bahagian luka dengan sabun dan air dengan bersih. Sekiranya berlaku pendarahan, berikan tekanan dibahagian luka gigitan ular tersebut menggunakan kain yang bersih.
  5. Jika boleh, sila kenalpasti jenis ular tersebut. Ambil gambar menggunakan telefon bimbit atau jika mampu, bawa ular berkenaan yang telah mati bersama ke pusat rawatan atau hospital adalah lebih baik, namun langkah keselamatan harus diutamakan.

Pastikan langkah-langkah yang betul dilakukan dalam menangani masalah patukan ular berbisa, kerana racun boleh merebak dengan sangat cepat ke organ badan lain dan risiko kematian boleh berlaku.

Antara Tanda-Tanda Seseorang Itu Dipatuk ular

Patukan ular biasanya akan menyebabkan kesakitan, bengkak dibahagian sekitar gigitan, dan mungkin akan menyebabkan pendarahan. Gigitan ular beracun menyebabkan badan mangsa menjadi lemah, pening kepala, penglihatan menjadi kabur, lumpuh sebahagian atau keseluruhan, kesukaran bernafas dan mungkin tidak sedarkan diri.

Sesetengah mangsa hingga mengalami sawan, namun keadaan atau tanda-tanda yang dinyatakan ini boleh juga berlaku sekiranya mangsa terlalu panik akibat takut dan bukannya disebabkan racun bisa ular yang merebak. Kesan gigitan ular biasanya mempunyai dua lubang.

Komplikasi dari patukan ular bergantung kepada jenis ular, jumlah bisa yang masuk, kawasan anggota badan yang dipatuk, faktor usia, dan tahap kesihatan mangsa ketika itu.

Situasi yang lebih sukar mungkin berlaku jika rawatan dan langkah segera tidak diambil.

Bengkak Patukan Ular

Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Sekiranya Dipatuk Ular

  1. Sedut bisa ular menggunakan mulut tidak membantu apa-apa dalam rawatan, sebaliknya akan memburukkan lagi keadaan.
  2. Kaedah mengikat bahagian anggota badan tertentu juga tidak membantu, malah boleh menyebabkan gangguan bekalan salur darah ke kawasan berhampiran dan menyebabkan komplikasi tidak diingini.

Dua perkara yang dilarang ini sering disebut-sebut oleh pakar perubatan kerana ada yang melakukannya dan menganggap cara tersebut boleh membantu. Padahal cara ini hanya memburukkan lagi keadaan dan dilarang sama sekali.

Golongan yang berisiko mendapat komplikasi serius akibat gigitan ular adalah kanak-kanak dan warga emas. Tidak terlepas juga golongan dewasa terutamanya mereka yang sudah mempunyai masalah kesihatan.

Kaedah rawatan yang biasa dilakukan Oleh doktor di pusat rawatan untuk mangsa yang dipatuk ular.

Suntikan ANTIVENOM akan diberikan untuk mengelak komplikasi akibat racun bisa ular tersebut jika perlu. Ubat penahan sakit dan antibiotik juga akan diberikan kepada mangsa jika perlu.

Doktor juga akan memberi suntikan ANTI-TETANUS untuk mengelak serangan kancing gigi sekiranya perlu.

Pengenalpastian jenis ular yang menggigit memudahkan para perawat memberi suntikan ANTIBISA untuk jenis ular tersebut. Ujian darah juga akan dilakukan untuk memastikan tidak berlaku komplikasi kepada organ utama badan mangsa.

Langkah-Langkah Pencegahan

Elakkan dari menghampiri kawasan belukar dan semak yang berkemungkinan tempat persembunyian ular. Pastikan memakai kasut dan pakaian keselamatan semasa melakukan aktiviti seperti berkebun, dan apabila berada di kawasan berisiko.

Anda harus sentiasa peka dengan persekitaran dan halaman rumah. Nasihati anak-anak untuk elak dari berada didalam kawasan berisiko dan segera memberitahu jika ternampak ular dikawasan rumah.

Ingat, ular akan sentiasa mencari tempat perlindungan terutamanya pada musim banjir dan mungkin ia akan masuk ke kawasan perumahan hingga ada yang masuk kedalam rumah jika tidak diawasi.

Sumber:

myhealth
hmetro
theasianparent
knowyourmedicine
fotoBharian

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *