Zul Muhammad

Sihat Itu Nikmat

Jawatan Kosong Di Syarikat Ajinomoto Malaysia

Ajinomoto Malaysia memulakan perniagaan pada tahun 1961 dan merupakan antara syarikat terawal Jepun yang menjalankan usahasama dengan Malaysia. Produk penambah perasa makanan Ajinomoto berjaya menjadi bahan wajib bagi hampir setiap rumah di seluruh Malaysia.

Kejayaan Ajinomoto ini memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk memastikan bekalan diuruskan dengan teratur dan memberi khidmat terbaik kepada pelanggan. Beberapa jawatan kosong yang dikeluarkan kepada individu yang layak untuk mengisi kekosongan di syarikat AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD.

Cara Memohon Kerja Di Syarikat Ajinomoto ?

Berikut adalah beberapa jenis jawatan kosong terkini yang ditawarkan di syarikat Ajinomoto Malaysia. Untuk memohon, Sila ke laman sesawang https://www.ajinomoto.com.my/career.

Gaji yang ditawarkan juga cukup tinggi, sebagai contoh saya ambil jawatan Finance Executive. Bagi jawatan ini, gaji antara RM3500 hingga RM4900. Setiap jawatan yang ditawarkan mungkin akan diambil kira tahap kelayakan dan pengalaman individu dengan syarikat-syarikat terdahulu (jika berkaitan).

Sediakan resume dan submit resume tersebut mengikut arahan melalui pautan yang disediakan jika berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga besar syarikat jepun ini.

Jawatan kosong di Syarikat Ajinomoto akan dikemaskini dari semasa kesemasa jika terdapat kekosongan bagi jawatan-jawatan tertentu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *