TELEKOMUNIKASI PERNIAGAAN

Info Penting Berkenaan Pelan Data Dan Panggilan Tanpa Had

https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.u.com.my%2Fplans%2Fprepaid&psig=AOvVaw2zd5oeJsxE9Z8_xZn8oZ18&ust=1596873210805000&source=images&cd=vfe&ved=0CA0QjhxqFwoTCJjV47rOiOsCFQAAAAAdAAAAABAD
17 / 100 SEO Score

Ramai yang belum tahu berkenaan pelan yang ditawarkan setiap syarikat telco dimalaysia samada Rangkaian gergasi Maxis, Celcom, Digi, Umobile dan telco yang bernaung dibawah MVNO Malaysia seperti Tune Talk, RedOne, Altel, Tronexus, Yoodo, Buzzme, XoX, Friendi dan lain-lain.

Untuk telco yang menawarkan pelan Unlimited, sila baca dulu Fair Usage Policy (FUP) setiap pelan telco yang ditawarkan. Jika ikutkan pengedar yang menjual, mereka hanya cakap yang baik-baik sahaja dan mustahil untuk mereka menjelaskan FUP pelan mereka secara detail kerana itulah cara mudah mereka membuat jualan.

Baru-baru ini ada satu syarikat telco menawarkan pelan baru mereka iaitu dengan kelebihan data tanpa had hanya sekitar RM30 hingga RM38 sahaja sebulan. Namun kebanyakan pengedar semestinya tidak akan menjelaskan “FUP” pelan secara detail. Jadi, kebanyakan pengguna seratus peratus percaya pelan tersebut adalah Unlimited Data.

Jika baca FUP pelan tersebut, sebenarnya data keseluruhan sebulan hanya 48GB dan kelajuan hanya dihadkan kepada 3mbps sahaja. Dengan kelajuan tersebut, adakah penggunaan data pengguna boleh melebihi 48GB sebulan?. Jika tidak, maka ianya boleh dikatakan unlimited kerana data yang diguna sesetengah pengguna setiap bulan kurang dari 48GB.

Namun, jika penggunaannya melebihi 48GB ia akan bertukar kepada data “Basic” dan sangat perlahan. Keadaan inilah yang menyebabkan pengguna mengadu internet sangat slow “perlahan” padahal pelan langganan tanpa had.

Inilah yang ramai pengguna tidak faham, mereka ingatkan asalkan “unlimited” mesti 100 peratus tanpa had, padahal mereka silap.

Kerana itu, ramai yang menukar simkad ke rangkaian lain walaupun pelan mereka guna tanpa had “unlimited”.

Jika kelajuan dihadkan pada kadar terlalu kecil, maka tiada gunalah data yang banyak. Kerana sudah pasti pengguna tidak dapat menggunakan data tersebut pada jumlah yang maksimun. Ditambah pula dengan kekuatan line “coverage” di kawasan tersebut yang selalu terganggu.

Saya bagi contoh, jika pelan data yang ditawarkan sebanyak 1000GB tetapi data highspeed hanya 5GB dan selebihnya ialah data asas “Basic Data”. Adakah berbaloi dengan tawaran ini??

Inilah yang saya maksudkan, mereka tidak sesekali akan memberitahu kekurangan sesuatu produk yang mereka tawarkan sebaliknya hanya kebaikan yang diberitahu. Malah jika 1000GB itu adalah Data Berkelajuan Tinggi “Highspeed” keseluruhan, namun adakah kesemuanya tiada sekatan kelajuan.

Mereka masih boleh sekat kelajuan pada jumlah penggunaan data tertentu sahaja, contohnya 10GB pertama sahaja tiada sekatan dan selebihnya dikurangkan sehingga kelajuan yang sangat kecil menyebabkan data tidak akan habis diguna.

Jika seperti ini, mereka masih boleh mendakwa data mereka adalah Unlimited, kerana sudah pasti pengguna tidak akan dapat habiskan kesemua data tersebut dalam masa satu bulan. Inilah yang berlaku sekarang, yang berjaya mencuri pandangan pengguna untuk beralih kepada telco mereka.

Banyak lagi yang kita tidak ketahui berkenaan telco dan cara mereka mengaburi mata pengguna supaya memilih produk mereka. Kita sebagai pengguna kena lebih bijak dalam memilih rangkaian yang sesuai dari segi coverage, data dan panggilan yang ditawarkan setiap syarikat telekomunikasi.

Jumlah penggunaan data untuk setiap orang adalah berbeza. Kerana itulah ada yang berpuas hati dengan pilihan mereka, dan ada juga yang masih mencari-cari pelan dan rangkaian terbaik.

Disini saya kongsi pengalaman saya mengunakan simkad tonewow, simkad yang menawarkan pelan terbaik dan dinyatakan secara telus, tiada selindung dari segi data dan sekatan kelajuan. Ini pandangan peribadi saya, kerana sepanjang penggunaan saya sendiri, sangat berpuas hati.

Boleh dikatakan sepanjang sebulan penggunaan, kelajuan masih tidak berubah asalkan coverage dikawasan tersebut kuat. Data highspeed pula boleh dibawa kehadapan “carryforward” iaitu ke bulan seterusnya, termasuk minit panggilan.

Simkad Tonewow 89GB Unlimited Call All Network

Simkad tonewow adalah simkad yang dikeluarkan pada 2018 oleh syarikat Tone Group dengan kerjasama syarikat gergasi Digi Telecomunication. Tonewow menggunakan topup dan coverage digi. Bermakna, dimana ada coverage digi disitu ada coverage tonewow.

Tonewow mempunyai satu pelan yang paling laris iaitu pelan TDS50. Pelan ini menawarkan data keseluruhan 89GB dan panggilan tanpa had kesemua rangkaian dengan hanya tambah nilai RM50.

RM50 – 89GB + UNLIMITED CALL ALL NET
Social dan video – 64GB (2GB/day) – untuk kegunaan berkaitan sosial dan video seperti whatsapp, wechat, telegram, youtube, netflix, facebook, instagram, twitter dan seakan dengannya.

HIGHSPEED DATA – 10GB – kegunaan selain sosial dan video seperti browser, mywow, dan seakan denganya serta sebagai backup selepas habis social dan video 2GB/day.

BASIC DATA – 15GB – kegunaan selain sosial dan video seperti browser, aplikasi mywow, dan seakan dengannya serta sbagai backup selepas habis sosial dan video 2GB/day dan highspeed data.

Pelan TDS50 merupakan pelan paling hangat tonewow buat masa ini, kebanyakan pengguna tonewow akan disyorkan untuk melanggan pelan ini kerana sesuai untuk penggunaan masyarakat sekarang khususnya kepada remaja dan mereka yang aktif di media sosial.

Selain itu, tonewow juga mempunyai pelan lain iaitu TDS120. Plan ini memberikan data yang paling tinggi iaitu 156GB keseluruhan.

RM120 – 156GB + UNLIMITED CALL ALL NETWORK
Social dan video – 96GB (3GB/day) – untuk kegunaan berkaitan sosial dan video seperti whatsapp, wechat, telegram, youtube, netflix, facebook, instagram, twitter dan seakan dengannya.


HIGHSPEED DATA – 40GB – kegunaan selain social dan video seperti browser, mywow, dan seakan dengannya serta sebagai backup selepas habis sosial dan video 2GB/day.


BASIC DATA – 20GB – kegunaan selain sosial dan video seperti browser, mywow, dan seakan dengannya serta sbagai backup selepas habis sosial dan video 2GB/day dan highspeed data.

Untuk pelajar atau pengguna yang baru berjinak dengan dunia digital, mereka masih boleh melanggan pakej lebih murah iaitu TDS30 RM30 dan TDS10 RM10.

RM30 – 8GB + 750 MINIT FREECALL ALL NET
HIGHSPEED DATA – 5GB – kegunaan semua.
BASIC DATA – 3GB – kegunaan semua selepas habis highspeed data.
RM10 – 1.5GB + 25 MINIT FREECALL ALL NET
HIGHSPEED DATA – 500MB – kegunaan semua.
BASIC DATA – 1GB – kegunaan semua selepas habis highspeed data.

Tonewow juga membuka tawaran kepada pengguna yang ingin menjadi dealer/agen menjual simkad sangat dialu-alukan dengan modal yang sangat rendah. Baca…

Similar Posts

1 thought on “Info Penting Berkenaan Pelan Data Dan Panggilan Tanpa Had

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *