Ikan Tilan: Rupa Macam Belut Dan Corak ular

Ikan Tilan | Hujung minggu atau cuti sekolah waktu terbaik untuk luangkn masa bersama keluarga. Kali ni layan hobi baru anak sulong, memancing ikan.

Memandangkan hujung tahun, biasanya beberapa kawasan mangalami banjir terutamanya pantai timur. Walaupun tahun ini 2021 banjir besar melanda selangor dan pahang.

Di Terengganu dan Kelantan tidak jauh beza dari tahun-tahun sebelumnya. Adakala 2,3 hari hujan dan 2,3 hari panas. Waktu ini sesuai untuk aktiviti menjala, memukat dan memancing ikan air tawar.

Di sekitar Besut, kawasan yang dituju untuk kaki pancing level kampung macam kami, fokus hanya parit dan kawasan tali air dekat sawah padi. Kawasan tersebut kaya dengan ikan darat seperti puyu, haruan dan terubuk.

Semalam kira kali ke-4 kami memancing bersama di kawasan parit sawah padi. Hari pertama tak dapat pape, balik tangan kosong memandangkan hujan renyai² dan air juga laju.

ikan tilan

Hari demi hari, hingga hari keempat berkat kesabaran berjaya membawa naik 2 ekor ikan dengan rupa ular, sekali tengok macam belut. Mula-mula nampak macam belut tetapi tengok pada saiz tak cukup panjang untuk katakan belut. Maklumlah sepanjang hidup ni tak pernah jumpa spesis macam ni.

Nak pegang pun takut, dengan corak badan ikan berbatik macam ular sawa. Tanya kawan katanya Ikan Tilan. Ikan ni memang macam belut sebab panjang dari saiz ikan biasa dan kepala juga hampir macam kepala belut cuma agak tajam muncungnya.

Balik google rupanya betul ikan tilan, cuma corak badan ikan tu ada juga yang jenis tak berbatik. Tapi kali ni kami dapat jenis batik dan nampak macam corak ular sawa.

Umpan Untuk Pancing Ikan Tilan

Ikan darat seperti puyu, haruan, terubuk sesuai menggunakan umpan cacing. Sama juga ikan tilan, saya guna cacing jenis besar yang saya biasa panggil “cacing liar”. Cacing liar tak sama macam cacing biasa, badannya lebih kenyal dan bergerak laju.

ikan tilan
Cacing Liar| foto wartapancing

Bagi saya memang berbeza dari guna cacing biasa dengan cacing liar. Ikan lebih cepat makan umpan cacing liar berbanding cacing biasa, berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya akan guna mata kail bersaiz kecil memandangkan kawasan parit sekitar sawah biasanya banyak ikan puyu dan terubuk.

Ditelannya mata kail sampai kedalam, terpaksa putuskan tali tangsi. Balik rumah lepas selesai solat magrib, terus masuk dapur untuk menyiang ikan-ikan yang kami dapat. Ikan terubuk dan puyu biasanya kami goreng ajer, pastikan goreng sehingga garing kerana ikan air tawar memang banyak tulang.

Kata orang Ikan Tilan sangat sedap dibuat asam pedas tempoyak. Katanya isi lembut, ada yang cakap rasa macam isi belut juga.

Cara Menyiang Ikan Tilan

ikan tilan

Ada kawan cakap ikan ni kena buang kulitnya dulu sebelum dimasak. Katanya elok bakar dulu supaya senang tanggalkan kulit ikan. Bila tanya jiran katanya kulit ikan tak perlu buang, tapi mungkin akan rasa sedikit hanyir.

Potong je kepala, belah perut sampai ke tengah, buang semua sisa perut dan cuci hingga bersih. Sama juga macam belut, setengah orang cakap kena tanggalkan kulit dan ada yang tak. Untuk belut, saya sendiri pun masak tanpa tanggalkan kulit. Sedap dibuat sup, gulai kuning dan goreng biasa.

Cara Hilangkan Hanyir Ikan

Tak kira ikan atau ayam, saya gunakan proses yang sama iaitu menggunakan sejenis tepung. Tak kisah tepung apa, biasanya saya guna tepung gandum atau tepung beras.

Gaulkan bersama ikan dan sedikit air, setelah yakin lendir semua dah tanggal boleh lah cuci hingga bersih dan sedia untuk dimasak. Menu terkenal untuk Ikan Tilan ialah asam pedas, tetapi boleh juga gulai atau goreng macam biasa.

Ada yang cakap ikan tilan ni “rupa ular rasa salmon“. Mungkin luaran memang seakan corak ular tetapi rasanya lembut seakan ikan salmon.

Saya tak pasti spesis ikan ini boleh membesar sejauh mana, mungkin boleh mencapai 1-2kg sahaja.

Leave a Comment