Hukum Main Forex Dalam Islam Adalah Haram

Hukum Main Forex Adalah Haram | Forex trading difatwakan haram oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan dan sebilangan ilmuan dalam bidang muamalat. Walaupun begitu, masih ramai orang islam yang main forex samada secara sambilan mahupun sebagai sumber pendapatan utama.

Saya bukanlah ustaz atau ahli jabatan agama islam yang mengkaji hukum-hukum sesuatu perkara. Tetapi berdasarkan pengalaman yang sudah lama dalam dunia internet, minat dalam bisnes online, saya akan mencari info atas sesuatu perkara atau perniagaan itu sebelum memulakannya.

Jika benar urusan perniagaan forex haram, maka saya tidak akan sesekali mulakan. Jadi, dalam penelitian saya berkenaan hukum forex trading, saya telah menemui beberapa pandangan dan jawapan dari pakar-pakar dan dari mereka yang boleh dipercayai. Dari situ saya cuba kongsi kepada semua terutamanya kepada mereka yang berminat dengan forex trading dan masih tertanya-tanya adakah forex haram atau harus.

Kenapa Forex Haram ?[Keratan Sinarharian]

"Bahkan Imam Malik juga dikatakan sangat tidak suka perkara tersebut dan kalau boleh nak haramkan orang tukar duit kecuali dia bertakwa.

"Takwa dimaksudkan, seseorang itu perlu tahu hukum dan berusaha elak riba kerana riba dengan tukaran mata wang asing sangat dekat. Kenapa sangat dekat? Jika berlaku kelewatan tukaran mata wang asing maka akan berlaku riba yang merupakan dosa besar," katanya.

Hukum Forex Dalam Islam

Setelah beberapa penelitian dibuat dari pelbagai sumber, hukum Forex Trading Online menurut fatwa kebangsaan adalah haram. Dibawah ini saya kongsi beberapa video dari ustaz-ustaz terkenal mengenai pandangan mereka terhadap forex trading.

HUKUM FOREX TRADING ONLINE:>> MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-24 & 25/2016
hukum main forex

Komen Ustaz Azhar Idrus UAI Isu Forex

Komen PU Azman Isu Forex

Trade Forex Boleh Pakai Kereta Mewah

Baru-baru ini ada keluar dalam akhbar tempatan berkenaan kereta mewah milik pedagang forex, pengusaha MLM, pelaburan skim cepat kaya, yang sebenarnya ramai dari mereka hanya menyewa kereta tersebut untuk menarik orang ramai sertai mereka. Mereka sanggup menyewa kereta mewah dengan harga tinggi sekitar RM8000 sehari.>>kosmo

Tidak mustahil mereka mampu memiliki kereta tersebut, namun segelintir dari mereka bertidak demikian. Kereta mewah yang biasa disewa antaranya seperti ferrari, lamborgini, dan mclaren. Ini akan menarik minat terutamanya anak muda untuk merasai kehidupan mewah tanpa mengkaji halal haram dalam sesuatu perkara.

Kalau dilihat facebook, ramai forex trader yang memancing ahli baru untuk sertai mereka dengan cara mempamerkan kereta mewah. Mereka menggunakan fb ads untuk mencari lebih ramai orang baru sertai forex trading. Untuk mendapatkan profit dari trade forex mungkin tiada masalah jika tahu caranya, tetapi untuk jadi kaya dalam masa yang singkat itu agak mustahil lagi-lagi dengan permulaan modal yang kecil.

Hukum Main Forex: Bagaimana Pula Dengan Forex Yang Dikatakan Harus |Dr Zaharuddin

Seperti yang kita semua faham, forex trading ialah perdagangan mata wang. Sekalipun jika kita membeli dollar secara fizikal dan mengharapkan ia akan naik dan menjual semula untuk mendapatkan keuntungan itu juga haram, apatah lagi secara online.

Jadi forex yang dikatakan harus itu seperi pertukaran mata wang. Sebagai contoh, kita nak ke Amerika jadi kita tukar ringgit ke usd untuk kegunaan berbelanja kerana disana tidak menerima ringgit dan duit itu kita dapat segera[on the spot]. Pertukaran tersebut dipanggil forex yang dikatakan harus, tetapi bukan forex trading.

Pertukaran matawang contoh dari ringgit ke usd tiada masalah jika berlaku segera dan tidak mengubah nilai tersebut. Dalam masa yang sama kita tidak mengharapkan harga usd naik dan menjualnya semula untuk mendapatkan profit.

Forex trading tidak begitu, dan dari penelitian pakar-pakar yang mengkaji termasuk diperingkat antarabangsa menunjukkan ianya jelas haram. “Forex trading adalah Hardcore judi”, kata Dr Zaharuddin Abd Rahman dalam penerangan beliau.

Pandangan Lain Yang Tidak Bersetuju Dengan Kenyataan Dr Zaharuddin Berkenaan Forex Trading

Ramai juga yang tidak setuju dengan kenyataan Dr Zaharuddin kerana kurang tepat dalam memahami sistem forex trading sebenar. Dr Zaharuddin ada mengatakan forex trading haram, dikatakan judi. Beliau mengatakan seseorang trader membeli matawang dan mengharapkan akan naik untuk dijual, tetapi tiba-tiba jatuh, berlaku kerugian. Kenyataan ini membuat ramai trader forex marah dan tidak bersetuju.

Hal ini kerana, bagi trader forex online, untuk membeli sesuatu matawang tersebut perlukan analisis secara teknikal dan bukan hanya menunggu nasib, bukan seperti membeli nombor ekor, atau pelaburan skim cepat kaya. Semua ini kena belajar, perlukan ilmu untuk membuat sebarang pembelian.

Forex Trading: Pandangan Seorang Forex Trader[Keratan Dari Weltrade]

Jenis Forex Trading Online Di Malaysia

Kenapa Kebanyakan Trader Tegar Forex Tetap Percaya Bahawa Forex Trading Halal[Harus]

Tidak semua trader forex bangkang keputusan dan pendapat ustaz-ustaz yang mengatakan forex haram. Ramai juga yang percaya ianya haram, tetapi memandangkan ketagihan dan keseronokan mendapatkan wang melalui trading menjadikan mereka abaikan soal hukum.

Kekadang ada betulnya dakwaan sesetengah trader forex bahawa tiada nas yang tepat mengatakan hukum forex trading adalah haram. Kerana bagi pendapat mereka jika forex haram, bagaimana pula dengan pinjaman bank, ptptn dan lain-lain pinjaman yang berunsurkan riba boleh DIHARUSKAN. Sedangkan ada juga negara islam yang meletakkan harus kepada hukum forex trading.

Kebanyakan trader forex berpegang dengan kenyataan dari Ustaz Ahmad Dusuki beberapa tahun dulu yang dimuat naik di youtube. Beliau sebenarnya tidak menyatakan dengan jelas samada forex ini harus atau haram , ditambah pula masa tu masih ramai yang belum tahu urusan apa sebenarnya yang berlaku dalam kebanyakan dan hampir semua platform forex trading.

Beliau mengatakan jika dalam perdagangan forex tersebut terlibat dalam unsur riba, judi dan sebagainya maka forex haram tetapi jika tidak maka harus[lebih kurang macam tu la…]. Tonton video dibawah dan fahamkan.

Penjelasan dari Ustaz Ahmad Dusuki berkenaan forex ini mendapat kritikan besar dari kalangan ustaz-ustaz lain dan individu tertentu. Memandangkan ceramah ini sekitar tahun 2013, saya rasa pada masa sekarang mungkin sudah tidak lagi boleh diguna pakai kerana kurang tepat jika mengatakan forex trading ini harus. Ini kerana, pada waktu itu ramai yang masih belum faham sepenuhnya tentang perdagangan forex dan cara sistem platform tersebut berjalan kerana masih diperingkat awal di negara kita.

Ustaz Ahmad Dusuki | Hukum Main Forex

Satu lagi video yang dirakam dan disiarkan pada tahun 2020, berkenaan penerangan tentang hukum forex dari Ust Ahmad Dusuki. Mungki ada betulnya juga sekiranya hanya orang kafir yang menguasai perdagangan mata wang, mereka bakal menguasai kesemuanya dan ada kemungkinan ekonomi umat islam boleh jadi tergugat.

Jadi saranan beliau, untuk menceburi bidang forex trading ini mesti kena ada ilmu dan nak dapat ilmu kena belajar. Dan dalam islam, perkara yang melibatkan ibadah wajib kita faham betul-betul kerana jika tersilap langkah akan merosakkan ibadah kita. Pendapat saya, bagi yang kurang ilmu dalam bidang forex trading, jika tidak mahu belajar atau mengkaji lebih baik jangan sesekali libatkan diri.

Ada ke Negara Islam Yang Menghalalkan Forex Trading Online ?

Sepatutnya soalan tersebut begini, “ada tak individu yang pakar dalam sistem perbankkan islam[muamalat] mengatakan forex trading halal atau harus?”. Kerana yang membincangkan isu tersebut kebanyakannya dikalangan trader itu sendiri, ustaz-ustaz, anak muda dan tidak perlu terlalu melihat keputusan sesebuah negara. Contoh dinegara kita, pada awalnya ada negeri yang mengatakan harus, ada negeri haram. Ia bergantung juga kepada keputusan mesyuarat jawatankuasa fatwa sesebuah negeri itu sendiri.

Jika dilihat dari sudut ekonomi negara, sistem perbankan hampir kesemuanya mengamalkan perdagangan mata wang iaitu forex, cuma caranya mungkin berbeza. Sama juga pinjaman bank, pinjaman peribadi, pinjaman pembiayaan kenderaan yang mengenakan interest dan caj lewat bayar yang dianggap ada unsur riba dan sebagainya. Perkara ini juga dipersetujui oleh sebahagian besar ustaz-ustaz dan tok guru tetapi tetap sah disisi undang-undang negara.

Penerangan Mengenai Forex Trading Online Youtube Channel SmartMind Academy

Saya suka dengan penjelasan beliau dari penelitian yang beliau buat berkenaan forex trading online. Beliau menyenaraikan beberapa jawapan dari individu dan mereka yang mahir dalam sistem muamalat iaitu perbankkan islam berkenaan forex trading online.

Dalam video tersebut, cuba lihat pada minit ke 8:25 iaitu jawapan dari individu tersohor dalam bidang muamalat Sheikh Muhammad Taqi Usmani berkenaan persoalan yang diajukan kepada beliau, Is Forex Currency Trading Halal?.

Kesan Buruk @Risiko Main Forex Trading

Dalam sesebuah perniagaan mesti akan ada risikonya, tak kira jual tudung ke, bisnes perkhidmatan, perniagaan online, jual simkad, jual produk kesihatan, dan begitu juga forex trading. Sesiapa sahaja berhak untuk samada terjebak dengan forex trading online atau tidak. Walaupun disahkan haram, tetap ada pendapat yang mengatakan harus menyebabkan mereka yang kurang ilmu tentang bidang tersebut jadi keliru.

  • Makan masa untuk belajar dan faham
  • 95% Trader Gagal [Credit:erronjohn]
  • Kerugian luar jangka boleh berlaku
  • Berdosa, jika betul haram
  • Masalah Emosi[masa rugi teruk]

Kesimpulan

Jika telah difatwakan haram oleh pakar-pakar yang telah mengkaji lebih dalam mengenai bidang tersebut, dan mereka telah disahkan mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut, maka kita yang kerdil ni apa lah sangat. Dah kurang ilmu, keliru, lagi mau terjebak dalam forex trading.

Jelas kat sini bahawa saya bukanlah kumpulan anti-forex. Saya cuba berkongsi kepada pembaca pandangan-pandangan sesetengah orang itu berbeza, walaupun dikalangan ustaz-ustaz itu sendiri. Jika tidak pasti, maka ikutlah sahaja fatwa yang dikeluarkan oleh orang yang telah mengkaji berkenaan hukum-hukum sesuatu perniagaan dalam islam dengan beranggapan bahawa mungkin mereka lebih tahu dari kita. Penyelesaian paling mudah, carilah perniagaan lain yang disahkan halal dan jauh dari unsur-unsur HARAM dan SYUBHAH.

Rujukan:forum,weltrade

Leave a Comment