great eastern takaful

Great Eastern Takaful| Takaful Perubatan dan Kesihatan Terbaik

Ramai yang masih tercari-cari pelan insurans takaful terbaik, yang mempunyai pelan perlindungan lebih menyeluruh untuk diri dan keluarga jika sesuatu menimpa. Saya sarankan sahabat-sahabat diluar sana untuk cuba pelan takaful daripada Great Eastern Takaful.

Untuk jaminan yang lebih baik, ambilah pelan takaful perubatan yang bukan sahaja melindungi diri sendiri tetapi turut dipanjangkan manfaatnya untuk keluarga, isteri dan anak-anak. Ini kerana, Pelan perlindungan sekeluarga adalah pilihan terbaik sebagai langkah kesediaan dan sokongan dari segi kewangan dan perubatan.

Mungkin harini kita rasa diri kita sihat, isteri dan anak-anak juga sihat, namun kita tidak tahu sampai bila ianya bertahan. Penyakit atau kemalangan yang berlaku selalunya tidak memberi isyarat awal terlebih dahulu. Kita cuma akan sedar apabila keadaan tersebut telah pun berlaku.

Kerana itu, perlindungan takaful ini sangat perlu khususnya untuk mereka yang kurang berkemampuan, tidak bergaji besar, tidak berharta dan tidak mampu untuk menanggung kos perubatan, pembedahan dan yang melibatkan sakit kritikal dan sebagainya.

Orang kaya sekalipun boleh jatuh miskin sekiranya diuji dengan sakit dan perlu mengeluarkan belanja besar yang berpanjangan dan dalam masa yang sama sudah tidak mampu untuk bekerja. Wang yang banyak boleh habis dalam beberapa hari sahaja jika tidak ada pelan perlindungan seperti pelan takaful perubatan dan kesihatan.

Di Great Eastern Takaful, mereka mempunyai pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan khusus bersesuaian dengan bajet, umur dan keperluan kesihatan anda bagi memastikan anda mendapat perlindungan kesihatan yang tepat. Berikut antara Pelan Perlindungan Kesihatan Great Eastern Takaful.

Takaful Keluarga oleh Great Eastern Takaful

Great Eastern Takaful menyediakan pelbagai penyelesaian yang memberikan anda sekeluarga perlindungan yang paling sesuai dengan keperluan tertentu. Takaful keluarga ini sangat komprehensif dan mampu memberikan kita perlindungan yang diperlukan disaat sesuatu menimpa.

Bagaimana pula dengan pelan Hibah Great Eastern Takaful, i-Great Jannah. Hibah takaful ini sebagai hadiah untuk dibekitan kepada pewaris setelah ketiadaan kita. Hadiah ini berupa wang pampasan takaful berjumlah contohnya, RM200,000 (bergantung kepada pelan yang diambil) akan diberikan kepada pewaris yang telah dinamakan seperti dalam perjanjian. Pemberian hibah ini tidak akan melalui proses faraid, kerana ianya hadiah yang ditinggalkan oleh simati kepada waris yang diingini seperti yang telah ditulis namanya dalam dokumen perjanjian.

Lebih Lanjut >> https://www.greateasterntakaful.com/bm/penyelesaian-takaful/produk-kami/perlindungan-kesihatan.html

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *