Enjin Kereta Leaking Oil Seal Timing Belt

Leaking Oil Seal| Kali ini saya nak kongsikan serba sedikit berkenaan bidang automotif, yang mana masalah ini saya alami sendiri untuk kereta jenis Chevrolet Aveo 1.5. Kereta tahun 2005 model Aveo yang lampu depan sekali dengan signal[model lama lampu signal berasingan].

Waktu saya beli kereta ini memang sudah dimaklumlan oleh pemiliknya bahawa ada terdapat leaking bahagian bawah enjin tapi tak banyak. Masa tu saya punj tak pasti bahagian mana yang betul-betul leaking, apa yang saya nampak cuma ada kesan minyak hitam bahagian bawah enjin dan sukar nak kesan kawasan sebenar berlaku kebocoran.

Dalam beberapa bulan saya pakai kereta ni memang tiada masalah walaupun beberapa botol sudah tambah minyak hitam setiap kali nampak kurang. Biasanya saya beli minyak hitam tambah jenis Shell 20-50 1liter botol warna merah. Kalau beli di stesen minyak shell dalam RM20 tetapi saya selalu beli di kedai sparepart RM10 sahaja(tak Pasti Ketulenannya).

Makin hari makin banyak minyak leaking, lagi-lagi masa enjin tengah panas. Minyak hitam pun makin banyak kena tambah, kalau 1liter dulu beberapa hari baru habis, sekarang sekali tambah habis satu liter. Saya hantar kereta ke bengkel berdekatan, masa tu hanya nampak leaking bahagian oil switch.

Apa Fungsi Oil Switch ?

Oil Switch berfungsi memberitahu pemandu tentang kondisi atau keadaan sistem pilinciran samada normal atau tidak normal. Simbolnya boleh dilihat pada meter semasa buka switch sebelum hidupkan kenderaan. Jika lampu tekanan minyak enjin ini menyala setelah enjin dihidupkan atau semasa memandu bermakna ada sesuatu yang tak kena(Rujuk gambar simbol dibawah).

leaking oil seal
Foto:mechanicsdirect

Nak beli Oil Switch Aveo ni satu hal, kena buka dan bawa contoh ke kedai alatganti kenderaan supaya tidak tersilap beli. Maklumlah model Chevrolet Aveo ni bukan kereta tempatan jadi sparepart pun susah dapat, tapi kalau bawa contoh barang yang nak dicari itu lebih senang mereka nak cari. Untuk oil switch, mereka nak tengok samada pin pada yang diguna jenis yang macamana.

leaking oil seal
Oil switch, berada di bahagian bawah enjin

Baca juga: Bisnes Jual Beli Kereta Second Hand

Kalu tak silap semua kos tukar oil switch chevrolet aveo sekitar RM40 termasuk upah. Kelegaan pertama tidak lama, baru saja nak keluar dari bengkel tiba-tiba pomen suruh tunggu, katanya leking masih berlaku dan masih banyak. Macam tiada perubahan walaupun sudah tukar oil switch baru. Apabila pomen bengkel selongkar, katanya terdapat kebocoran minyak hitam bahagian belting, leaking oil seal. Perasaan kurang enak apabila melibatkan timing belt, duit bukan masalah utama tetapi saya lebih risau jika stok timing belt chevrolet aveo 1.5 susah nak cari dan jika ada mungkin mahal.

Memang betul lah terpaksa tinggal kereta sehari dibengkel kerana stok timing belt model ni tiada di kawasan saya atau habis stok. Jadi pomen bercadang nak cari di Kota Bharu keesokan hari, memandangkan nak kesana mengambil masa sejam lebih dan waktu sekarang pun sudah petang memang tak sempat.

Masuk hari kedua, pomen siap beli set timing belt kereta chevrolet aveo saya. Siap pasang semua sampai petang jugak la, ditambah pula skru mounting enjin patah. Nak kena pergi kedai cari sana-sini, susah jugak sebab saiz jalur jenis ni susah nak dapat.

Nasib baik jumpa skru yang lama dibengkel, walaupun tak cukup panjang tetapi padan dengan saiz asal lubang skru. Skru mounting enjin kereta ni sepatutnya ada tiga, tetapi saya hanya guna 2 sahaja sejak dulu lagi sebab yang ke 3 memang dah lama patah dan tertanam kat lubang skru memang susah nak keluarkan. Bila satunya pula patah hanya tinggal satu sahaja skru, terpaksa la cari jugak satu lagi.

Kos Baiki Kereta Leaking Oil Seal Untuk Chevrolet Aveo 1.5

Selesai semua, tiada lagi leaking minyak hitam dan kos baiki leaking tersebut RM350. Bagi saya kira berpatutan juga memandangkan barang susah dapat dan pomen terpaksa keluar kawasan untuk dapatkan sparepart tersebut.

Harga sebenar set timing belt chevrolet aveo yang dibeli di kedai alatganti kereta saya tidak pasti. Tetapi anggaran saya harganya sekitar RM200-250 sahaja. Jika cari di shopee boleh dapat harga sekitar RM170 dan keatas.

Biasanya pomen tak suggestkn untuk beli set timing belt di shopee sebab bimbang dapat barang lama dan mudah putus. Maklumlah, timing belt ni kalau putus memang jadi masalah besar. Nak baiki bukan lagi ratus-ratus, tapi boleh makan kos 3 ke 5 ribu atau lebih jika serius dan bergantung kepada jenis-jenis kereta.

1 thought on “Enjin Kereta Leaking Oil Seal Timing Belt”

Leave a Comment