Cucuk Absorber: Cara Nak Lowered Kereta

Cucuk Absorber | Terlebih dahulu saya nak bagitahu awal² saya bukan pakar dalam bidang absorber. Saya cuma ada pengalaman pahit manis dalam hal lowered kereta ni.

Macam² saya cuba cara rendahkn kereta tanpa guna spring sport, adjustable. Jenis kereta juga main peranan sebenarnya, kena tgk jugak pasal ada jenis kereta eropah yang body berat.

Setengah kereta kalau setakat bakar spring untuk rendahkan kereta dia tak effect sangat bahagian lain. Biasanya masalah utamanya ialah bahagian fender, memang akan effect situ. Habis koyak fender, nak kena ketuk cat balik.

Kos Bakar Spring

Biasanya saya akan buat bakar spring di kedai ekzos dan kosnya sangat murah RM5 sahaja sebelah, kira RM10 untuk sepasang. Kalau buat depan belakang jadi RM20, dan harga ni tidak semestinya sama dengan kedai lain ye.

Cara Nak Lowered Kereta

Perhatian: Jangan sesekali potong atau bakar spring sebelum cucuk absorber.

Walaupun absorber baru lagi, mesti kena cucuk kalau nak buat lowered walaupun pakai spring sport. Bagi sesetengah kereta memang takde masalah sebab dah pakai spring sport. Tapi bagi sebahagian lain tetap akan ada masalah sagat fender dan absorber baru beli pun boleh rosak dengan cepat. Boleh jahanam absorber baru beli tak sampai seminggu guna.

Yoe Absorber : Kedai Cucuk Absorber Jerteh

Mana Nak Cari Kedai Cucuk Absorber ?

Sebelum ni saya pun tak tahu pasal cucuk absorber ni, tapi ada dengar pengalaman rakan katanya absorber boleh dibaiki. Dan cara mudah nak cari kedai baiki absorber, search dalam facebook.

Di facebook lebih mudah, apabila ada yang post kedai baiki absorber, kita boleh baca komen² mereka berkenaan kebolehan pomen kedai tersebut. Jika ada nombor telefon, terus wasap atau call tanya.

Masalah terbaru saya, untuk kereta chevrolet aveo 1.5 tahun 2005. Kereta wife saya ni masa amik dulu memang ok, tiada masalah berkaitan absorber, cuma die tinggi saje.

Baca Ini: Leaking Oil Seal Timing Belt

Biasalah kita orang laki ni tak sedap tengok kereta tinggi macam ni. Mula² saya pergi bakar spring @ org panggil layur spring. Saya bakar supaya rendah dan takde lah sampai rapat sangat, cuma nak bagi sedap mata memandang.

Alhamdulillah, memang cun mula² guna hampir takde masalah. Tapi tak lama, rasanya 2,3 hari je dah boleh rasa lain. Kereta jadi melayang apabila jalan bergeluk dan rasa sangat tak selesa.

Masalah Sagat Fender

Masa tu takde fikir absorber sebab absorber masih baru. Mula² sagat fender dan makin teruk ada bunyi besi berlaga dengan kuat apabila masuk geluk² jalan tak rata. Tayar jangan cakap la, makin haus dan bumber depan dan tak lekat sangat sbb pin die dah longgar.

Dah jadi macam ni barula nak belek² youtube cari info. Bila tahu pasal cucuk absorber ni terus cari kedai absorber. Bila pomen buka tengok, sebelah absorber memang mati terus dan sebelah lagi nyawa² ikan. Bila tarik die akan turun dengan sendiri dan sebelah lagi rosak teruk.

Sebenarnya absorber tahap macam ni dah boleh buang, tapi ada sesetengah memang boleh dibaiki lagi. Apa pun cuba dulu repair absorber kat kedai mana tahu boleh pakai lagi.

Nak jimat punya pasal, pomen cuma masukkan gas absorber bagi keras. Mula² ok guna, rasa pun dah sedap sikit tapi tak sampai sehari jadi balik mcm asal.

Keesokan harinya, saya pegi kedai sparepart kereta beli absorber baru. Absorber sahaja, dan masih guna spring asal yang dah bakar jadi lowered. Pomen cakap kalau cucuk bagi keras memang guaranty takde problem lagi.

cucuk absorber

Saya cadang nak tukar spring standard balik, biar tinggi asal sedap. Tapi pomen cakap, kalau cucuk memang dah tak sagat fender dan sedap bawak.

Apabila selesai, dia mintak saya test dulu dan bila test memang betul terbaik. Dah tak sagat fender dan rasa keras sikit dari biasa. Jalan tak bergeluk pun dan tak rasa nak terbang, pemanduan jadi rasa selamat dan lebih stabil.

Credit: Pomen Kampong

Berapa Kos Cucuk Absorber ?

Jadi harga yang perlu dibayar untuk kos cucuk absorber secara keseluruhannya RM180. Kos ini termasuk tukar getah absorber rm35 kerana getah tiub asal dah rosak. Getah ni bertujuan elak masuk kotoran seperti pasir yang boleh merosakkan fungsi absorber.

Info lain: Cara Nak Lowered Kereta

Walaubagaimanapun, absorber yang sudah keras tidak semestinya akan kekal lama. Untuk lebih yakin saya sarankan tambah getah pelapik spring supaya apabila termasuk dalam geluk jalan yang dalam ia tidak akan bagi tekanan yang melampau kepada absorber. Bermakna asorber tidak akan ditekan rapat walaupun masuk lubang dalam, lebih kurang macam tu lah apa yang saya nampak dan dari pengalaman saya sendiri.

Leave a Comment