Kini kes positif wabak covid-19 di malaysia sudah mencapai 4 angka dalam sehari. Selepas sabah menunjukkan penurunan kes positif kini kuala lumpur pula semakin meningkat mencapai lebih 400 kes positif covid-19 dalam sehari.
Semasa pertengahan bulan 10 baru – baru ini, MKM telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur. Memandangkan pada masa itu isteri dan anak – anak saya berada dirumah mertua saya di jalan kenanga, Kuala Lumpur.
Dalam kes saya, saya yang berada di kampung, Besut Terengganu nak ke Kuala Lumpur untuk bawa isteri dan anak – anak balik ke Besut. Untuk mereka yang berada di Kuala Lumpur dan ingin pulang sendiri ke kampung mungkin lebih mudah kerana tidak perlu libatkan orang lain.
Saya cuba tanya seorang anggota polis yang merupakan kawan baik saya di KL, berkenaan cara untuk dapatkan surat kebenaran merentas negeri dan alasan yang patut diberikan supaya senang lulus. Memandangkan kini beliau sedang bertugas menjaga sekatan jalan raya (roadblock), saya cuba dapatkan nasihat beliau.
Setelah mendapat alasan yang kukuh untuk dikemukakan, saya terus ke IPD Besut untuk dapatkan surat kebenaran tersebut. Pada masa itu saya bercadang untuk ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.
Setelah sampai di IPD Besut, saya ke pondok pengawal di pintu masuk dan seorang pegawai polis berikan saya sekeping surat dan minta saya buat 2 salinan termasuk kad pengenalan. Suratnya ringkas sahaja, dan hanya memerlukan salinan ic suami sahaja jika hanya suami seorang yang akan kesana.

Dalam surat tersebut mesti beritahu tujuan dan sebab – sebab munasabah, Jika kawasan tersebut berada dalam zon merah mungkin sukar mendapat kelulusan, namun jika alasan kita sangat kukuh pasti akan lulus dengan mudah.
PALING PENTING, tempoh masa untuk kesana dan balik semula mestilah dalam masa yang singkat. Pada masa itu saya hanya minta kebenaran sehari sahaja dan akan pulang ke Besut semula pada keesokan hari jam 10 malam. Alasan saya beri ialah “Ingin membawa pulang isteri dan anak – anak kerana isteri telah ditamatkan kontrak kerja”, itu sahaja.
Setelah hantar surat tersebut, pegawai polis di pondok pengawal beritahu kelulusan mungkin ambil masa sehingga dua hari. Tetapi tarikh yang saya tulis pada surat tersebut ialah hari yang sama saya buat permohonan. Namun, beliau meminta saya datang semula pada malam nanti untuk mengetahui keputusan samada lulus atau tidak.
Tunggu punya tunggu, petang pada hari yang sama mereka telefon saya memberitahu permohonan kebenaran merentas negeri saya telah diluluskan. Saya sangat bersyukur dan terus beritahu isteri supaya kemaskan barang – barang dan saya bertolak pada malam itu juga selepas magrib.
Sebenarnya saya bimbang permohonan saya tidak lulus kerana saya tidak kemukakan surat tamat kontrak kerja isteri. Tetapi nasib saya sangat baik, surat saya diluluskan tanpa memerlukan surat bukti penamatan kontrak tersebut.
Tiba di sekatan polis Plaza Tol Gombak, mereka tidak banyak soal setelah tengok surat tersebut. Dalam perjalanan pulang rasa bimbang juga sebab kami 4 orang, saya, isteri dan anak kecil dua orang. Namun segalanya dipermudahkan dan kami selamat sampai di kampung dengan selamat walaupun tidak cukup tidur.
1 thought on “Cara Mohon Surat Kebenaran Rentas Negeri Agar Mudah Lulus”