Cara Mohon Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal

Baitulmal adalah sebuah institusi kewangan dan pengurusan harta dalam islam. Pengurusan harta seperti dana zakat, harta wakaf, cukai-cukai (kharaj dan jizyah) dan lain-lain sumber yang dikumpul bagi tujuan untuk masyarakat dan negara.

Baitulmal akan menguruskan dana-dana tersebut untuk diberikan kepada golongan yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan. Bagi mereka yang ingin mendapatkan bantuan dari baitulmal, hendaklah terus ke kaunter baitulmal untuk membuat permohonan.

Dokumen yang diperlukan bagi setiap jenis permohonan akan disenaraikan dan pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan tersebut. Bantuan kewangan bulanan baitulmal berbentuk wang tunai melalui akaun bank.

Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP, Syarat Kelayakan Dan Dokumen Yang Diperlukan.

Syarat kelayakan secara umumnya, pemohon mestilah beragama islam dan warganegara Malaysia. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan semasa membuat permohonan. Juga tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.

  • Borang Permohonan : Borang pormohonan bantuan Baitulmal boleh dimuat turun secara online melalui pautan ini >> Borang Baitulmal
  • Satu keping gambar berukuran passport pemohon dalam keadaan menutup aurat jika perempuan.
  • Salinan kad pengenalan pemohon, isteri atau suami pemohon dan anak-anak satu keping tiap-tiap orang. Anak-anak tidak dikira jika sudah bekerja atau berkahwin. Jika anak angkat, hendaklah disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
  • Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO jika ada. Sekiranya tiada, pemohon hendaklah mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan suami atau isteri yang sah dari Pesuruhjaya Sumpah. *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung.
  • Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
  • Satu salinan surat perakuan nikah /akuan sumpah bagi kes kehilangan sijil nikah.
  • Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami.
MAIWP

Borang permohonan dan dokumen lengkap hendaklah dihantar secara terus ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP. Pastikan semua dokumen lengkap dan pemohon memenuhi kelayakan yang dinyatakan untuk mendapat kelulusan sebagai penerima bantuan kewangan bulanan baitulmal Majlis Agama Wilayah Persekutuan MAIWP.

Bagi pemohon yang berada di negeri lain, anda boleh membuat permohonan bantuan yang disediakan Majlis Agama di negeri masing-masing.

Sumber: maiwp

4 thoughts on “Cara Mohon Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal”

  1. Nur liyana bt akoi

    Asalamualikum saya nur liyana bt akoi sye sudah pn setahun 3 bulan menjd mualaf dan dsini saya tidak tahu borang seperti mna yg ingin memohon bantuan baitumal. Sekarang saya menetap di cheras.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *