Ayat Bismillah 5

Cara Merawat Dengan Bismillah 5

Kaedah rawatan untuk sesuatu penyakit biasanya akan dilakukan oleh pakar-pakar perubatan di klinik-klinik dan hospital. Dalam masa yang sama, kita sebagai orang Islam yang beriman akan sentiasa percaya bahawa kesembuhan sebenar milik Allah Subhanahu wa ta’ala.

Amalan Doa Syifa’ Bismillah 5 sangat digemari dan dikatakan amat mujarab untuk pelbagai masalah kesihatan samada penyakit biasa mahupun serius. Bacaan yang mudah dihafal ini sebenarnya memiliki khasiat yang amat luar biasa, dan semua yang berlaku atas izin dari Allah Subhanahu wa ta’ala.

Bismillah 5 (Doa Syifa’)

“Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim

Khasiat @ Fadhilat Bismillah 5

  • Menghalang jin dan syaitan
  • Terpelihara dari bahaya dan musuh
  • Penawar pelbagai racun dan bisa.
  • Penawar penyakit gila meroyan.
  • Melegakan bengkak dan benjol.
  • Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
  • Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
  • Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
  • Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Kaedah Merawat Menggunakan Bacaan Bismillah 5

1.Letakkan tangan di tempat yang sakit.

2.Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.

3.Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.

4.Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.

5.Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.

6.Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.

7.Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.

8.Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Sumber: Shafiqolbu

1 thought on “Cara Merawat Dengan Bismillah 5”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *