cara daftar ahli ntdot

Cara Mendaftar Ahli Baru Win (NTDOT)

Ramai ahli win (NTDOT) yang masih belum faham cara-cara untuk mendaftarkan ahli baru kedalam rangkaian. Sebenarnya langkah tersebut tidaklah sesukar mana, tetapi harus dilakukan dengan betul supaya pendaftaran ahli berjaya dan tiada masalah dikemudian hari.

Saya akan cuba terangkan cara mendaftar ahli baru Win Impact Network (NTDOT) dengan ringkas dan mudah difahami. Lihat dengan teliti langkah demi langkah yang saya senaraikan, dan pastikan anda catat serba sedikit jika perlu.

Sebelum anda membuat pendaftaran, anda harus membeli dulu no pin pendaftaran dengan mana-mana stokis win yang mempunyai stok. Stokis akan transfer no pin tersebut ke id anda dan anda boleh semak di dashboard bahagian “My E-PIN“. Pin pakej ada 3 jenis, RUBY, EMERALD, dan DIAMOND. Pastikan anda membeli pin yang betul mengikut pakej yang ingin didaftarkan.

Langkah Pendaftaran Ahli Win (NTDOT)

1 – Dapatkan detail pelanggan yang hendak didaftarkan seperti berikut:
-Nama
-No ic
-Alamat
-Email
-No Telefon

2 – Log Masuk ke dashboard, dan klik pada “Network Tree”. Paparan akan keluar seperti dibawah. Anda boleh letak mana-mana tempat kosong yang anda mahukan. Klik pada butang (+) jika ingin tambah ahli disitu.

Simboh + Dalam Bulatan

3 – Setelah tekan butang (+), anda akan dibawa ke paparan untuk memilih nombor pin yang telah dibeli sebelumnya. Jika pelanggan membeli rawatan NTDOT pakej RUBY, maka tekan pada “RUBY” pin dan tekan submit.

4 – Setelah itu anda akan dibawa ke paparan seterusnya ialah untuk mengisi setiap ruangan detail ahli yang hendak didaftarkan. Untuk “Username”, anda boleh mintak daripada ahli baru atau anda reka sendiri. Ingin saya tekankan, ruangan “SPONSOR ID” jangan silap. Jika anda sebagai sponsor, maka masukkan id anda sebagai sponsor. Seterusnya tekan “NEXT”, isi lagi dan isi hingga selesai dengan tepat.

5 – Paparan terakhir anda dikehendaki semak detail yang telah diisi dan pastikan tiada yang salah. Seterusnya tekan “Submit Form”.

Semak Sebelum Submit Form

6 – Setelah selesai submit, sekiranya keluar paparan seperti dibawah, maka pendaftaran ahli anda telah berjaya. Ahli akan didaftarkan oleh HQ dalam masa 1-2 hari, biasanya hanya 1 hari. Setelah mesej dihantar oleh HQ Win kepada ahli, maka dia sudah boleh log masuk ke dashboard dan sah sebagai ahli atau agen Win Impact Network SDN BHD dan pengedar produk NTDOT.

Setelah selesai, anda boleh kembali ke bahagian “Network Tree” untuk lihat ahli-ahli yang anda telah daftarkan.

Akhir sekali, jika HQ Win tidak menghantar mesej kepada ahli baru berkenaan detail pendaftaran dan no ID & Pasword untuk log masuk, jangan risau, kerana mungkin hanya ada kesilapan teknikal. Dalam tempoh lebih kurang 24 jam, anda boleh cuba mintak ahli membuat log masuk menggunakan “username”sebagai ID dan nombor ic sebagai password.

Jika boleh log masuk, maka selesai sudah pendaftaran dan beliau sah sebagai ahli WIN dan pengedar produk ajaib NTDOT. Ahli disarankan tukar kata laluan (Password) dan semak detail serta lengkapkan jika belum lengkap.