Berapakah Gaji Simon Cowell Juri Britain's Got Talent
PERNIAGAAN

Berapakah Gaji Simon Cowell Juri Britain’s Got Talent

Simon Cowell selalu dilihat muncul dalam banyak program realiti tv seperti American idol, Britain”s Got Talent, The X Factor dan juga dalam America’s Got Talent. Dengan komen – komen pedas yang sering dilemparkan kepada para peserta, Simon tetap menjadi juri pilihan dan juga disukai ramai peserta program.

Kata Angelina Jordan (Artis), iaitu salah seorang peserta America’s Got Talent, yang juga pemenang Norway’s Got Talent 2014, Simon dianggap “legend” dan beliau meminati Simon berbanding juri – juri lain di program pertunjukan bakat itu.

Simon Cowell

Siapakah Simon Cowell Yang Sebenarnya ?

Simon Philip Cowell lahir pada 17 oktober tahun 1959 merupakan pegawai Artis & Repertoir (A&R) untuk Syarikat BMG Records di United kingdom. Simon dikatakan meninggalkan sekolah menengah tanpa menghabiskannya pada usi 17 tahun. Beliau diambil bekerja oleh ayahnya (Eric) yang ketika itu bekerja di syarikat EMI Music Publishing sebagai Pegawai Eksekutif.Namun, Simon hanya diambil bekerja dalam bilik surat – menyurat di syarikat itu.

Anggaran Gaji Simon Cowell

Simon bergelar jutawan sejak tahun 2000 setelah namanya semakin glamor. Pada 2006, beliau memiliki kekayaan sebanyak 60 juta pound sterling, nilai tersebut jika ditukarkan ke Ringgit Malaysia pada masa sekarang berjumlah RM325,896,295.92.

Menurut salah satu sumber, pendapatan Simon termasuk kesemua penglibatannya dalam program realiti berjumlah sekitar 100 juta Dollar setahun. Namun itu hanyalah anggaran jumlah gaji, sedangkan program “Got Talent” Global dimiliki oleh syarikat SYCOtv milik Simon Cowell. Jadi, jumlah kekayaan sebenar beliau sukar untuk digambarkan.

GOT TALENT CREATED BY SIMON COWELL

Begitu juga dengan program realiti The X Factor, ianya dicipta oleh Simon Cowell dan syarikatnya SYCOtv. Kedua – duanya adalah program francise ciptaannya yang telah di sertai banyak negara diseluruh dunia. Got Talent dinamakan sebagai format realiti TV paling berjaya di dunia.

Simon banyak terlibat dalam menghasilkan karya tv seperti lagu, album untuk siaran televisyen termasuk watak – watak dalam siri program televisyen kanak-kanak Amerika yang mula dikenali dengan Mighty Morphin Power Rangers.

Power Rangers

Simon sememangnya sangat layak sebagai juri, komen yang diberikan juga dikatakan terlalu jujur menyebabkan peserta – peserta program realiti tersebut lebih berhati – hati membuat persembahan. Mungkin juga kerana caranya itu membuatkan beliau menjadi rebutan dan ditawarkan gaji yang sangat tinggi untuk khidmat beliau.

Sebenarnya, seorang juri seperti Simon sangat penting dalam sesebuah program realiti seperti Got Talent dan seumpamanya. Mungkin bagi sesetengah menganggap komen dari Simon terlalu keras dan tegas, namun kita harus pandang pada sudut positif.

Jika persembahan kurang memuaskan tetapi dikatakan bagus, itu sangat tidak adil dan tidak membantu peserta. Namun jika komen bentuk pujian keluar dari mulut seorang juri seperti Simon, maka jelas sekali persembahan tersebut hebat dan boleh dibanggakan.

sumber : wikipedia, talentrecap, foto1, foto2, foto3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *