Bawang putih merupakan bahan wajib yang akan digunakan dalam setiap masakan. Ianya dapat memberi aroma serta rasa yang selain menjadi pembuka selera dengan baunya yang harum. Walau bagaimanapun,ramai yang tidak tahu akan khasiat bawang putih ini. Bawang putih ini turut digunakan sebagai ubat kerana dapat memberikan pelbagai manfaat kepada kita.

Pengambilan Bawang Putih Mampu Mingkatkan Sistem Imun Badan

       Salah satu kebaikan bawang putih adalah dapat meningkatkan sistem keimunan dalam badan kita. Ianya dapat  merawat selesema. Terdapat kajian yang mendapati kandungan asid amino di dalamnya mampu mengurangkan potensi untuk terkena selesema selain mempercepatkan proses pemulihan jika terkena jangkitan itu.
      Selain itu,bawang putih juga baik intuk meningkatkan stamina badan kita semasa kita bersenam. Kajian juga menunjukkan bahawa seseorang individu yang mempunyai penyakit jantung dapat melakukan aktiviti riadah dengan lebih baik selepas diberikan minyak bawang putih. Ianya diberikan sebanyak dua kali sehari selama enam minggu.
        Bawang putih ini mempunyai kandungan diallyl sulfide yang menjadikannya sebagai antibiotik semula jadi. Kandungan ini didapati dapat melawan bakteria seperti campylobacter yang menjadi penyebab kepada gangguan pencernaan. Ianya 100 kali lebih efektif daripada pil antibiotik.
  
         Selain daripada diallyl sulfide, sulfur  dalam bawang juga mampu melindungi organ badan daripada rosak akibat keracunan logam seperiti timah. Bawang putih dipercayai dapat mengurangkan kadar keracunan timah dalam darah sebanyak 19 peratus terutamanya kepada pekerja dalam industri berkaitan. Hal ini menyebabkan bawang putih ini didakwa mampu melindungi organ badan daripada rosak akibat keracunan logam seperti timah.