KESIHATAN

Bagaimana Penyakit Gout Boleh Menyerang Hingga Berlaku Kematian

Penyakit gout adalah sejenis Artritis, dimana pengumpulan asid urik pada sendi terutamanya bahagian sendi lembut yang biasanya menyerang dibahagian kaki. Walaupun Gout biasa menyerang kaum lelaki, namun wanita juga tidak terlepas.

Wanita yang menopaus atau putus haid berisiko untuk mendapat Gout. Pesakit Gout biasanya akan mengalami satu kesakitan secara tiba-tiba dan selalunya ia akan menyerang di satu bahagian sendi sahaja pada satu masa.

Jika penghidap gout mempunyai masalah diabetes (kencing manis) dalam masa yang sama, gout anda berkemungkinan menjadi lebih parah.

Keadaan ini mungkin akan menyebabkan jangkitan kuman dan merebak ke kawasan organ lain, dan pada peringkat yang teruk boleh menyebabkan kematian.

Kenali Masalah Penyakit Gout

Sebilangan orang mempunyai kadar asid urik yang tinggi dalam darah tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala gout. Keadaan ini dipanggil gout tanpa gejala.

Untuk gout akut, gejala muncul dengan cepat dari penumpukan kristal asid urik pada sendi dan bertahan selama 3 hingga 10 hari. Anda akan mengalami bengkak dan kesakitan yang amat kuat sehingga mungkin akan menyebabkan sendi rasa panas.

Keratan Akhbar Bharian

Sekiranya penyakit gout pada peringkat awal tidak dirawat, ia mungkin boleh menjadi kronik. Benjolan keras yang disebut “Tophi” akhirnya akan berkembang disendi anda dan bahagian kulit serta tisu lembut disekitarnya.

Pembentukan ini seterusnya boleh mengakibatkan kerosakan sendi secara kekal.

Jadi, rawatan segera pada peringkat awal sangat diperlukan untuk mengelak dari gout bertukar menjadi kronik. Tanda-tanda awal sebenarnya membantu anda untuk segera menemui doktor sebelum keadaan bertambah serius.

Apakah Penyebab Gout ?

Penumpukan asid urik berlebihan didalam darah anda terjadi akibat pemecahan “purine” dan menyebabkan gout.

Gout juga boleh disebabkan oleh keadaan tertentu, seperti masalah gangguan darah, metabolisma, dan dehidrasi akan menyebabkan asid urik yang banyak terbentuk didalam badan anda.

Pesakit gout yang mempunyai masalah buah pinggang, tiroid, atau faktor genetik, boleh jadi penyebab badan anda sukar untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.

Golongan Berisiko Mendapat Penyakit Gout

  • Lelaki
  • Wanita Menopause
  • Mempunyai Keluarga Menghidap Gout
  • Peminum Alkohol (Arak)
  • Pesakit Buah Pinggang (Ginjal)
  • Pesakit Darah Tinggi
  • Pesakit Tiroid
  • Pesakit Diabetes (Kencing Manis)
  • Obesiti
  • Pengambilan Ubat – Ubatan

Mejoriti Gout disebabkan dari pengambilan diet harian seseorang. Anda harus mengenali makanan manakah yang tinggi kandungan Purin.

Makanan Penyebab Gout

Antara penyebab utama masalah gout ialah dari pengambilan makanan laut berlebihan. Makanan laut yang dimaksudkan adalah udang, kerang, kepah, ketam, dan sotong antara penyumbang terbesar kadar asid urik didalam badan anda.

Bahagian Biasa Diserang Gout

Salah satu tanda-tanda anda mungkin mengalami masalah gout seperti rasa mencucuk-cucuk pada ibu jari samada kiri atau kanan. Biasanya ia seperti “On Off”, kadang – kadang rasa dan kadangkala tidak.

Jika keadaan ini berlaku kepada anda, silalah berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Pengumpulan Asid Urik ini jika dibiarkan, ia boleh pecah dengan sendiri dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

Artikel Berkaitan >> Pesakit Batu Karang Dedah Punca Utama Dan Cara Mengatasi

Diagnosis Penyakit Gout

Biasanya doktor dapat mengesahkan anda mendapat gout daripada sejarah perubatan anda sebelum ini.

Anda mungkin akan ditanya berkenaan tahap kesakitan pada bahagian sendi anda yang sakit, mungkin berlaku bengkak atau menjadi merah.

Mungkin juga ujian pemeriksaan penumpukan asid urik pada sendi yang terlibat. Contohnya cecair akan diambil pada sendi untuk dilihat samada terdapat asid urik atau tidak.

Biasanya doktor akan mengambil sinar “X-Ray” pada bahagian sendi anda. Jika keadaan sukar, anda mungkin akan dirujuk kepada Pakar Sendi.

Rawatan Gout

Sekiranya gout tidak dirawat dengan segera, akhirnya akan menyebabkan Artritis. Keadaan yang menyakitkan ini akan menyebabkan sendi anda berkemungkinan rosak kekal.

Salah satu cara rawatan ialah pengambilan ubat untuk tujuan menghilangkan rasa sakit dan menurunkan keradangan (Bengkak). Rawatan untuk jangka masa panjang ialah dengan menurunkan kadar asid urik melalui nasihat doktor dari segi pengambilan makanan dan diet seimbang.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *