sihir santau angin
INFO DAN TIPS

Apakah Sihir Santau Angin

Diantara banyak-banyak santau, santau yang agak bahaya ialah santau angin. Saya ingin kongsikan dengan anda tentang santau angin. Sebelum saya kongsikan dengan lebih mendalam tentang santau angin ini, apakata mari kita mengenali terlebih perkara-perkara umum tentang santau.

Apa Itu Santau

Santau ialah rangkaian dari 3 gabungan, iaitu ramuan, sihir dan makhluk halus. Apa maksudnya? Maksudnya boleh dikatakan hampir kesemua santau mempunyai 3 elemen yang saya sebutkan tadi. Iaitu ramuan-ramuan untuk menghantar santau. Kemudian ianya dijampi dengan mentera-mentera tertentu yang biasanya mengandungi unsur-unsur pemujaan dan mensyirikkan Allah.

Perlunya jampi-jampi yang mengandungi unsur pemujaan dan mensyirikkan Allah kerana bahan-bahan santau tadi akan dihantar kepada mangsa untuk tujuan menyihir dan ianya dihantar dengan perantaraan makhluk halus iaitu jin.

Tujuan Santau Diamalkan

Sebenarnya banyak sebab santau ini diamalkan dikalangan masyarakat kita, khususnya masyarakat Melayu. Antara sebab-sebabnya ialah:

1) Amalan Diri

Pengamal santau biasanya hendak mengetahui sejauh mana kehebatan ilmu santau mereka dan santau dihantar secara rambang ditempat awam. Boleh dikatakan ianya sebagai latihan praktikal. Keadaan begini biasanya pengamal menggunakan santau angin.

2) Mempertahankan Diri

Di zaman dahulu, aktiviti santau ini diamalkan demi untuk membalas dendam. Sebagai contoh, kalau sesuatu negeri itu kalah kepada lawannya, maka digunakanlah santau ini untuk membalas dendam. Dalam zaman sekarang pula, individu menggunakan santau ini dengan sebab untuk menjaga kepentingan diri sendiri.

3) Membalas dendam

Selain untuk membalas dendam, pengamal santau melakukannya dengan tujuan untuk mendapatkan penghormatan, sekaligus menjadikan orang lain takut dan tunduk kepadanya.

Sihir Santau Angin

Baiklah, sekarang saya akan kongsikan dengan anda tentang santau angin. Santau angin ini termasuk dalam kategori santau yang lebih bersifat mistik. Kerana untuk memastikan ianya berhasil, perlulah disertai dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah mangsa.

Bahan yang dihembuskan seperti miang buluh atau serbuk kaca akan memasuki paru-paru mangsa dan mangsa akan mengalami pendarahan dalaman (dalam paru-paru).

Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.

Simptom-simptom awal seseorang itu terkena santau (Tidak Semestinya Semua)

1) Batuk yang berpanjangan (kering atau berlendir).

2) Sakit kepala berpanjangan (seperti migraine).

3) Demam dan/atau selsema.

4) Hilang selera makan atau tiada rasa lapar (kerosakan deria di perut).

5) Pedih atau mungkin senak di dalam perut (seperti gastrik).

6) Sukar untuk bernafas, sakit dada dan/atau selalu berdebar tanpa sebab.

7) Cepat penat, lesu atau tidak bermaya.

8 Sakit di bahagian sendi-sendi badan seperti pinggang, tengkuk, bahu, belikat, lutut dan sebagainya.

9) Tekak selalu rasa pahit dan/atau nafas berbau hanyir.

10) Sukar tidur malam.

11) Kerap kebas tangan dan/atau kaki.

Sekiranya tidak dikesan dan dirawat dengan segera, mangsa santau berkemungkinan akan mengalami salah satu (atau lebih)simptom-simptom yang lebih serius sebagaimana berikut:

1) Batuk berdarah.

2) Gangguan emosi, panas baran atau kemurungan – sehingga boleh menjadi gila.

3) Badan menjadi kurus, kulit pucat dan semakin lemah.

4) Hilang daya tumpuan dan ingatan.

5) Penyakit kulit seperti gatal, ruam dan kudis.

6) Mata menjadi kuning serta jari tangan dan kaki kehitaman.

7) Sukar untuk berjalan atau mungkin jadi lumpuh dari pinggang ke bawah.

8 Kerosakan organ dalaman seperti jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, rahim dan sebagainya yang akan menjadi semakin kronik (seperti radang, ketumbuhan atau kanser) dan akhirnya membawa maut

sumber:
Pusat Rawatan NurQhalifah
foto bharian
foto perawatislam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *