khasiat moringa

Apakah Khasiat Sebenar Moringa Oleifera Untuk Kesihatan

Sebelum ini mungkin ramai yang hanya kenal pokok moringa sejenis tumbuhan biasa yang boleh dimakan. Ia juga dikenali sebagai pokok Kelor, munggai, marunggai, merunggai, dan pelbagai lagi nama panggilan yang diberikan.

Nama saintifiknya ialah Moringa Oleifera, merupakan tumbuhan yang berasal dari bahagian selatan kaki pergunungan Himalaya barat laut India. Banjaran Himalaya ialah banjaran gunung di asia, disitu juga merupakan rumah bagi lebih dari 8000 spesies tumbuhan vaskular yang terkenal dengan khasiat perubatannya.

Buah Moringa Boleh Dimakan

Moringa bukan sahaja berkhasiat tetapi juga sangat sedap. Daunnya boleh dimasak bersama telur goreng, sup sayur, sayur goreng, dan buahnya yang muda juga boleh dibuat bermacam – macam menu masakan yang pasti menyelerakan.

Khasiat Moringa

  • Moringa dikatakan kaya dengan nutrisi antaranya vitamin A, vitamin B1 (thiamine), vitamin B2 (riboflavin), vitamin B3 (niacin), B-6, vitamin c, asid folik, kalsium, iron, magnesium, fosforus, zink dan kaya dengan protin.
  • Ia juga boleh melindungi kulit dan mampu menyuburkan rambut. Kandungan protin dalam moringa dikatakan boleh membaiki sel kulit yang rosak. Jelas sekali ia juga bagus untuk dijadikan produk kecantikan.
  • Moringa juga mampu merawat Edema. Edema juga dikenali sebagai pengekalan cecair, tetes, hidropsy atau pembengkakan, iaitu penumpukan cecair di dalam tisu badan biasanya bahagian kaki atau lengan, bahasa mudahnya SEMBAB. Gejalanya mungkin termasuk kulit yang terasa ketat, kawasan itu terasa berat, dan sendi yang terjejas mungkin sukar untuk bergerak.
  • Risiko kerosakan hati dan buah pinggang juga boleh diikhtiarkan dengan pengambilan moringa (kelor). Kadar antioksidan yang tinggi dapat membantu tahap keracunan pada buah pinggang. Batu ginjal (juga disebut renal calculi, adalah simpanan keras yang terbuat dari mineral dan garam yang terbentuk di dalam ginjal.
  • Moringa juga mampu mengurangkan serangan asma dan terbukti boleh membantu fungsi paru – paru untuk melancarkan pernafasan. Asma adalah penyakit radang jangka panjang saluran udara paru-paru. Serangan asma boleh datang pada bila – bila masa terutamanya setelah melakukan suatu aktiviti.
  • Mencegah Anemia, merupakan salah satu fungsi dan khasiat moringa. Ekstrak kelor membantu tubuh menyerap lebih banyak zat besi sekaligus meningkatkan jumlah sel darah merah. Bahasa mudahnya, Anemia adalah penyakit kurang sel darah merah.
  • Kandungan antioksidan yang tinggi dalam moringa mampu membantu pelancaran sistem kardiovaskular, sangat penting bagi menjaga kesihatan jantung. Tahukah anda, penyakit jantung merupakan pembunuh no1.
  • Selain itu, kandungan yang terdapat didalam kelor yang bersifat antibakteria, antifungal mampu melawan penyakit yang diserang oleh bakteria seperti Salmonella dan E.Coli.
  • Pengambilan moringa boleh menurunkan paras gula dalam darah. Gula putih boleh disifatkan sebagai racun yang sangat merbahaya. Kandungan gula yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit bukan sahaja kencing manis.
  • Tekanan darah tinggi juga boleh diikhtiarkan dengan pengambilan moringa kerana ia juga dikatakan mampu menstabilkan tekanan darah. Tekanan darah yang tinggi boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Itulah serba sedikit info kesihatan tentang khasiat moringa sebagai panduan dan rujukan, jika rasa ia bermanfaat silalah kongsi dengan menekan butang kongsi samada di facebook, whatsapp atau media sosial yang lain.

sumber:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *