Antara Sebab Kenapa Santan Asli Menjadi Cair Padahal Tidak Campur Air

Kali ini saya nak kongsi pengalaman sebagai seorang pengusaha santan segar apabila mendapati santan lebih cair daripada biasa padahal tidak campur air.

Proses sama setiap hari tetapi santan yang keluar berbeza dari segi kepekatan, dan paling mengejutkan setelah dibiarkan beberapa ketika, kelihatan timbul lapisan air dibahagian bawah seolah-olah santan tersebut telah dicampur air.

Ada beberapa sebab yang boleh dikaitkan dengan masalah santan menjadi cair. Salah satunya ialah masalah kelapa itu sendiri. Dalam banyak-banyak kelapa kekadang ada sebilangan kecil kelapa seperti sudah menyerap air kelapa masuk kedalam isi dan kita boleh nampak lapisan air pada isi kelapa yang telah dibelah, seperti dalam gambar dibawah.

Isi Kelapa Yang Telah Menyerap Air
Lapisan Air Kelihatan

Jika banyak kelapa macam ini, berkemungkinan santan akan menjadi semakin cair hingga boleh dilihat lapisan kandungan air dibahagian bawah. Lebih jelas dilihat kandungan air ialah apabila santan dibekukan.

Masalah Santan Menjadi Cair Biasanya Banyak Berlaku Apabila Menggunakan Kelapa Indonesia.

Namun, jangan takut untuk menggunakan kelapa indonesia, kerana stok kelapa tempatan tidak dapat menampung permintaan didalam negara kita. Walaupun ada kekurangan menggunakan kelapa indonesia, namun ada banyak juga kelebihan.

Baca Artikel Ini >> Kelebihan Dan Kekurangan Kelapa Indonesia

Selain itu, faktor yang menyebabkan santan bercampur air adalah daripada basuhan kelapa yang mana masih terdapat air pada isi kelapa semasa kelapa tersebut dimasukkan kedalam mesin. Kelapa yang telah dibasuh sebaiknya sejat dulu untuk seketika sebelum dimesin supaya kandungan air pada isi kelapa berkurangan.

Mesin pemarut dan pemerah santan yang dibasuh dan terus diguna juga boleh menyebabkan santan bercampur air yang terdapat pada mesin yang belum kering sepenuhnya.

Kepada pelanggan yang tidak tahu, mungkin akan menganggap bahawa santan tersebut telah dicampur air. Jadi, kepada pelanggan tetap, kita harus jelaskan kepada mereka tentang perkara ini kerana mereka mungkin tidak tahu dan menyangka pembekal sengaja campur air bersama santan demi mengaut keuntungan yang lebih.

Mungkin ada dikalangan pengusaha santan yang menggunakan cara itu untuk mendapat untung lebih. Ada juga yang menggunakan tepung tertentu untuk tujuan memekatkan santan yang telah dicampur dengan air supaya nampak seperti asli.

Sebagai peniaga, kita haruslah jujur dalam setiap urusniaga yang dijalankan. Tidak salah jika santan tersebut dicampur air asalkan kita memberitahu perkara yang betul kepada pelanggan kita.

Semoga perkongsian saya kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada sahabat-sahabat diluar sana terutamanya kepada pengusaha santan yang baru menceburi bidang ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *