ANTARA FAKTOR YANG MENYEBABKAN KANSER HIDUNG (nasal cancer)

Kanser Hidung merupakan kes yang jarang berlaku. Namun demikian sasaran utama kanser ini ialah ”lelaki”. Kawasan yang berlaku pada pesakit kanser ini ialah di bahagian rongga hidung hingga bahagian atas tekak.

Didapati kini kanser hidung (nasal cancer) mempunyai dua jenis, antaranya ialah:

1-Kanser dibahagian rongga hidung.
2-kanser Nasofarinks ( kawasan diantara rongga hidung hinga larynx ).-Nasopharyngel carcinoma /NPC)

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kanser hidung, antaranya ialah:

-faktor genitik
-terlalu banyak kandungan garam dalam makanan.(salt-cured food).
-terdedah dengan virus seperti Epsten Bar Virus (EBV) atau Human Papillomavirus (HPV).
-pemakanan yang tidak seimbang.
-kuat merokok dan minum minuman keras.
Kurang oksigen dalam badan.

Majoriti daripada kita mengambil mudah dalam penjagaan kesihatan hidung. Gejala seperti hidung tersumbt, hidung berdarah,dan sakit kepala yang berpanjangan diambil remah. Secara amnya, gejala seperti berikutlah yang akan menyebabkan kan kanser hidung.

 SIMPTOM UTAMA KANSER HIDUNG:
credit foto says.com

Terdapat beberapa simptom yang telah dikenalpasti antaranya ialah:

*Sukar bernafas
*Sakit kepala berpanjangan
*Mata bengkak dan sakit
*Hilang deria bau
*Kerap bersin sewaktu pagi
*Keluar banyak cecair dihidung
*Hidung berdarah
*Masalah penglihatan atau pendengaran
*Bengkak pada leher
*sukar membuka mulut.

Segaralah membuat pemeriksaan di hospital jika terdapat sebarang gejala di atas.

CARA PENCEGAHAN DARIPADA DIJANGKITI KANSER HIDUNG.

-Makan secara seimbang
-kurangkan atau berhenti merokok dan minum minuman keras.
-tingkatkan oksigen dalam badan
-mengimbangkan Metabolisme dalam badan.
-bagi pesakit, ia digalakkan mengambil makanan tambahan seperti beri, acai beri, delima, epal dan anggur.
-jaga kebersihan makanan.

Sumber: foto myhealth, hmetro

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *