Zul Muhammad

Sihat Itu Nikmat

Alasan Alan Walker Pilih Angelina Jordan Untuk “Sing Me To Sleep”

Alan Walker terkenal dengan lagu Faded pada 2015, dan namanya semakin popular hingga ke hari ini dengan banyak lagu – lagu baru yang dihasilkan. Antaranya, “On My Way”, “Lily”, “Alone” dan banyak lagi termasuk “Sing Me To Sleep” yang dinyanyikan oleh penyanyi cilik Angelina Jordan di salah satu “show” pada USF Verftet in Bergen, Norway.

“Angelina Jordan memiliki suara yang sangat cantik” kata Alan Walker. Pada 2017, Angelina baru sahaja berusia 10 tahun semasa “show” tersebut. Namun, suaranya sangat cocok dengan lagu lembut seperti itu. Rata – rata penonton terpukau dengan suara Angelina walaupun dalam usianya yang sangat muda.

Siapakah Angelina Jordan Yang Sebenarnya?

Angelina anak kelahiran Norway, dilahirkan pada 10 januari 2006. Merupakan pemenang Norway’s Got Talent 2014 pada usia 7 tahun. Suaranya mengejutkan semua juri yang mengadili program tersebut, mereka tidak menyangka kanak – kanak seusia itu boleh menyanyikan lagu dengan sangat merdu hingga ada yang menitiskn air mata.

Angelina Jordan Usia 7 Tahun Semasa Norway’s Got Talent 2014

Untuk pengetahuan semua, beliau juga telah menyertai America’s Got Talent dan telah menerima pelbagai pujian dan juga mendapat “Golden Buzzer” yang juga antara kejayaan besar Angelina.

Sebenarnya Alan Walker juga warganegara Norway, kedua orang tuanya berasal dari dua negara berbeza. Beliau yang lahir pada 24 Ogos 1997 di United Kingdom dan mendapat kerakyatan kedua – dua negara iaitu England dan Norway.

Ramai yang belum tahu bahawa di Norway, agama islam merupakan agama kedua terbesar selepas kristian, walaupun ianya minoriti.

Masjid Di Oslo, Norway

Sumber: wikipedia

0 thoughts on “Alasan Alan Walker Pilih Angelina Jordan Untuk “Sing Me To Sleep”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *