hibah takaful

Adakah Berbaloi Ambil Hibah Takaful ?

Mari kita fahami apakah maksud HIBAH yang sebenarnya. Hibah adalah sesuatu pemberian atau hadiah yang diberikan secara sukarela semasa si pemberi masih hidup dan si penerima juga masih hidup.

Apa Itu Hibah Takaful ?

Hibah takaful ialah pemberian harta secara kasih sayang kepada orang yang dikehendaki dengan tidak mengharapkan suatu balasan semasa hidup dalam bentuk pampasan takaful.

Dalam kehidupan ini ada pasang surutnya, kadangkala kita diatas kadang dibawah. Apa yang kita bimbang adalah semasa kita dalam keadaan tidak mampu memberikan sesuatu untuk yang tersayang, contohnya jika mengalami sakit kritikal yang terlantar, lumpuh penuh, dan juga meninggal dunia.

Hibah Takaful adalah hadiah terbaik untuk ditinggalkan kepada yang tersayang apabila ketiadaan kita nanti.

Apa yang kita bekalkan untuk keluarga tersayang jika sesuatu yang buruk menimpa diri. Jika kita mempunyai harta yang banyak, bolehlah diwariskan kepada orang tersayang untuk meneruskan kehidupan setelah ketiadaan kita atau sekiranya ketika itu kita tidak lagi mampu bekerja.

Sekiranya tiada harta yang ditinggalkan, apakah nasib mereka setelah itu. Jika kita terlantar akibat sakit walaupun masih hidup, sebenarnya kita sedang menambah beban kepada orang yang kita sayang. Adakah sanggup kita melihat orang yang kita sayang mengganti tempat kita sebagai ketua keluarga, mencari sesuap nasi untuk menyara anak-anak dan dalam masa yang sama perlu menjaga suami yang terlantar.

Jangan terlalu yakin bahawa kita tidak akan ditimpa kesusahan sedemikian. Persediaan perlu kita lakukan bermula sekarang, kerana kita tidak tahu apa akan jadi kepada kita esok hari, dan hari-hari seterusnya.

Sejumlah harta yang kita hibahkan, akan diberikan kepada waris atau penama yang telah kita tetapkan sebelumnya tanpa perlu melalui pembahagian harta faraid yang memakan masa yang lama sebelum waris mendapatkan hak masing-masing. Pembayaran hibah takaful biasanya dalam masa beberapa minggu sahaja setelah memenuhi syarat seperti yang dipersetujui.

Pengambilan Hibah Takaful adalah satu langkah awal yang bijak, untuk kehidupan kita dan keluarga tersayang dimasa hadapan. Pilihlah hibah takaful dari syarikat-syarikat kukuh yang terkemuka dan dapatkan nasihat mereka yang lebih tahu sebelum membuat keputusan.

Rujukan: Great Eastern Takaful

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *