cara buat kek batik
INFO DAN TIPS

5 Resepi Cara Buat Kek Batik Sedap

Kek Batik adalah sejenis kek yang dibuat tanpa menggunakan tepung dan tidak perlu dikukus atau dibakar seperti kek biasa yang lain. Kek batik biasanya menggunakan biskut marie yang digaulkan bersama cairan coklat dan disejukkan.

Bunyinya senang, namun ia perlu melalui sukatan bahan-bahan dengan tepat untuk menghasilkan kek batik yang sedap, tidak keras, dan tidak terlalu lembik serta potongannya nampak rapi. Berikut 5 resepi kek batik sedap yang dapat saya kumpul untuk dikongsi bersama.

1.Resepi Kek Batik saji.my

Bahan-bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Kek Batik

600g biskut marie
200g butter
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air masak
2 biji telur
Esen vanila


Topping atau Ganache:

100g milk compound
100 g dark compound
200 ml whipping cream
1 sdb butter
1 sdb golden syrup (optional)
1 sdk hazelnut oil
Double boil kesemua bahan topping atau masukkan kedalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.

Cara Penyediaan KEK BATIK

Masak butter sampai cair, masakkan kek batik guna api kecil sahaja.
Kemudian, terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat – cepat untuk elakkan berketul.
Kemudian, masukkan telur, kacau dulu bagi rata dan masukkan air. Kacau sebati biarkan kesemuanya sekata.
Akhir sekali, masukkan biskut. Kacau rata bagi semua biskut bersalut coklat. Boleh tutup api.
Terus masukkan semua ke dalam loyang saiz 10 inci (alaskan dengan plastik bagi biskut tidak melekat dan senang keluar). Tekan untuk padatkan.
Tuangkan chocolate ganache yang sudahpun cair dan simpan di chiller selama 4 jam atau lebih sebelum dipotong.
Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi lembut sebelum senang untuk dipotong.

2. Kek Batik resepichenom.com

Bahan-Bahan:
1 pek biskut Marie
250g mentega/butter
200g serbuk Milo
3 sudu besar serbuk koko, ayak
3/4 tin susu pekat

Cara Penyediaan Kek Batik

Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Che Nom guna loyang berukuran 8″x8″.
Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.
Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.
Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.


Tips:
Jenis butter yang digunakan akan mempengaruhi rasa kek batik. Che Nom gunakan 1 buku butter jenama Buttercup. Jika guna pure butter yang mahal, rasa akan lebih berlemak dan rich. Boleh juga jika digantikan butter dengan majerin, sedap dan tiada sebarang masalah cuma rasa kek batik akan sedikit berbeza.

3. Resepi Kek Batik Cream Cracker Nora_Ha

250 g Butter @ marjerin
4 sudu besar susu pekat
2 1/2 cwn milo
Biskut cream cracker

Cara Penyediaan Kek Batik

Langkah 1
Cairkan butter @ marjerin di dalam kuali.
Masukkan susu pekat.
Kemudian masukkan milo.
Kacau sehingga sekata.
Tutup api.
Langkah 2
Susun biskut cream cracker. Sendukkan adunan milo,ratakan sambil tekan sedikit. Ulang langkah sehingga adunan milo habis.
Langkah 3
Sejukkan di dalam peti ais untuk semalaman (bahagian chiller).

4. Resepi Kek Batik Milo resepisenang.com


Bahan-bahan untuk membuat kek batik
500g butter
500g biskut marie
Milo 400g
1 tin susu pekat
1 sudu besar esen vanilla
4 sudu besar serbuk koko

Cara Penyediaan Kek Batik Milo


patahkan 500g biskut marie
Cairkan 500g mentega
Masukkan 1 tin susu pekat dan 1 sudu besar esen vanilla kedalam mentega cair
Masukkan plak Milo 400g
Dan Tambah 4 sudu besar serbuk koko
Kacau sehingga bahan2 sebati.
Tuang biskut dan kacau sebati
Lapik loyang 10 inci dengan plastik.
Tuang semua campuran biskut marie ke dalam loyang.
Padatkan dan ratakan. Simpan 4,5 jam dalam peti.siap

5. Resepi Kek Batik Berkacang Yan Zack

Bahan-Bahan

300 gm biskut marie original
200 gm butter
150 gm susu pekat manis
100 ml susu full cream
100 gm serbuk koko
200 gm milo

Topping
50 gm coklat coin beryls
50 gm butter
50 gm aneka kekacang

Cara Penyediaan Kek Batik Berkacang

Cairkan butter, masukkan susu pekat manis dan susu full cream- kacau hingga mendidih.
Masukkan milo dan serbuk koko -kacau sehingga sebati.
Masukkan biskut marie, tutup api dan kacau sehingga semuanya bersalut.
Masukkan kedalam loyang dan tekap² kan supaya padat..biarkan sejuk seketika.
Untuk bahagian atasnya, double boilkn coklat dan butter..hingga cair dan sebati..tuangkan ke atas kek batik tadi dan hiaskan dengan kekacang.

Ini sahaja 5 resepi cara buat kek batik sedap yang dapat saya kongsikan dari chef-chef hebat, Semoga Bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *