5 Punca Utama Masalah Ulser Mulut

5 Punca Utama Masalah Ulser Mulut

Ulser mulut bukan masalah yang serius, dan ia akan sembuh dengan sendiri seawal 3,4 hari atau kurang dari 3 minggu. Untuk sesetengah orang, masalah ulser akan kembali dan kembali. Ada yang memanggilnya dengan perkataan lain seperti “lepuh mulut”, atau “nepuh mulut” (bahasa sebelah pantai timur).

Ulser mulut dan ulser lidah cuma masalah biasa tetapi sangat mengganggu terutamanya waktu makan dan bercakap. Bahagian bibir sangat kerap terkena ulser kerana kawasan tersebut mudah tergigit. Sesetengah orang ada yang mengalami ulser pada bahagian tekak dan menyebabkan rasa sakit ketika menelan.

Pengalaman saya sendiri yang selalu kena ulser bahagian bibir, lidah dan kadang-kadang gusi. Saya perasan, apabila saya kurang mandi atau kurang minum air akan menyebabkan ulser. Ada juga yang kata sebab kekurangan vitamin tertentu, jawapannya “ya betul” memang salah satu puncanya.

Bahagian pipi sebelah dalam mulut mudah tergigit disebabkan kawasan tersebut kerap jadi kembang dan timbul. Puncanya adakah disebabkan kurangnya air dalam badan?

Punca Terjadinya Masalah Ulser Mulut

Terdapat beberapa sebab berlakunya masalah ulser mulut seperti :

  1. Kekurangan zat-zat tertentu dalam badan seperti zat besi, vitamin B12, asid folik dan vitamin B6 boleh menyebabkan masalah ulser.
  2. Kesan luka didalam mulut akibat tergigit semasa makan atau luka gusi semasa memberus gigi.
  3. Kekurangan daya menahan sakit.
  4. Pengambilan ubat-ubat tertentu dan alahan kepada makanan tertentu.
  5. Ada penyakit tertentu yang berkaitan masalah penghadaman seperti SLE.

Sesetengah orang suka makan makanan pedas dan masam, tanpa sedar tabiat tersebut boleh menyebabkan ulser lambat sembuh dan boleh jadi semakin besar dan sakit.

Cara Mencegah Masalah Ulser

-Lebihkan makanan yang boleh meningkatkan sistem imun dan daya tahan penyakit (vitamin c dan sebagainya).

Antiseptik Foto Kredit: .krazycouponclub.com

-Amalkan antiseptik ketika berkumur terutamanya selepas makan.

-Sapukan sejenis gel dikawasan ulser (gel boleh didapati di farmasi).

-Banyakkan minum air masak setiap hari dan kurangkan minuman berasid.

-Cuba elakkan diri dari tekanan perasaan.

-Elakkan dari mengambil dengan kerap makanan yang terlalu banyak rempah.

-Banyakkan mengambil makanan yang mengandungi zat-zat seperti asid folik, vitamin B12, vitamin B6 dan zat besi.

Tambahan dari saya, amalkan mandi yang kerap sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Sesetengah orang, mereka letak garam pada bahagian ulser hingga rasa kebas dan boleh sembuh dengan cepat katanya. Siapa tahu mungkin cara ini berkesan kepada sesetengah orang termasuk saya.

Gel Untuk Ulser Mulut

Ubat Untuk Ulser (Ada dijual dalam Lazada), KLIK logo Lazada dibawah untuk membeli.

Gel Oral Aid salah satu cara berkesan yang saya sendiri selalu gunakan. Gel ini diletakkan lebih kurang setitis pada bahagian ulser dan biarkan beberapa saat, mungkin sedikit pedih tetapi akan memberi rasa kebas dan tidak sakit buat sementara waktu. Ubat ini biasa boleh didapati di farmasi-farmasi seperti Farmasi Ehsan di kawasan pantai timur.

Selepas sapu gel oral ni, bolehlah korang makan dengan selesa tanpa rasa sakit atau rasa sakit berkurangan. Tetapi untuk masalah ulser pada lidah dibahagian tepi, ubat ini kurang berkesan kerana apabila kita makan, gigi akan terus bergesel pada bahagian lidah yang ada ulser dan akan tetap berasa sakit, (berdasarkan pengalaman saya).

Cara Pantas Melegakan Ulser Mulut

Cara ini bukanlah hasil dari kajian saintis atau pakar-pakar ternama, tetapi ilmu ini diturunkan oleh orang tua-tua dan sebagai ikhtiar tradisional menggunakan bahan-bahan sedia ada yang mudah diperolehi.

BAKING SODA

Sapukan pada bahagian ulser secara terus atau dicampur sedikit air dan biarkan seketika. Kemudian berkumur dengan air kosong setelah dibiarkan beberapa minit. Sifat kealkalian pada baking soda dikatakan boleh bantu meneutralkan keasidan pada ulser mulut selain mampu membunuh bakteria yang menjangkiti ulser.

GARAM

Berkumur dengan air garam selama beberapa saat, tahan walaupun rasa pedih. Ulangi langkah ini hingga 2-3 kali sehari. Konsentrasi sodium klorida yang tinggi akan menggalakkan proses osmosis dan boleh meredakan ulser dengan cepat.

UNCANG TEH

Rendamkan uncang teh yang telah digunakan ke bahagian ulser mulut selama lima atau enam minit. Kealkalian teh akan meneutralkan asid pada ulser tersebut.

MADU

Madu mungkin harganya mahal jika dibeli, namun kita hanya memerlukan sedikit sahaja. Kemam madu pada bahagian ulser dikatakan akan membantu pembentukan tisu baru selain khasiat antibakterianya. Lagipun madu merupakan makanan sunnah dan mempunyai beribu kebaikan.

Ulser mulut mungkin tidak merbahaya dan boleh sembuh dengan sendiri walaupun tidak dirawat. Namun banyak lagi jenis-jenis ulser yang lebih serius dan memudaratkan seperti :
  1. Ulser pada usus atau dinding perut yang disebabkan oleh penyakit gastrik.
  2. Ulser didalam saluran makanan dalam badan yang mungkin berpunca dari sakit perut dan memerlukan ujian tertentu untuk mengenalpasti kawasan dan cara rawatan.
  3. Ulser pada bahagian kaki biasa berlaku kepada pesakit diabetes (kencing manis).

Sebenarnya derita ulser ini boleh menyebabkan berlaku tekanan perasaan kepada pesakit. Bukan sahaja masalah ketika makan, untuk bercakap juga memerlukan kesabaran yang tinggi terutamanya semasa berhadapan dengan orang-orang penting yang memaksa kita mengeluarkan suara dan pendapat dalam masa yang sama terpaksa menahan kesakitan apabila kawasan ulser tersebut bergesel dengan gigi.

Jadi, jangan sesekali mengambil ringan untuk masalah ulser walaupun ia hanya ulser mulut yang tidak memudaratkan dan tidak berjangkit kerana ianya boleh memberi kesan yang buruk pada sesetengah individu dalam situasi tertentu.

Sumber:
siraplimau
semuanyajdt
hmetro

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *