PERNIAGAAN TELEKOMUNIKASI

2 Buah Negara Pengguna iphone Paling Ramai

pengguna iphone
16 / 100 SEO Score

Pengeluaran iphone pertama ialah pada 29 jun 2007 merupakan telefon skrin sentuh pertama yang mempunyai pemain mp3 dan penyemak imbas web (web Broser) yang berfungsi sepenuhnya. Ciptaan ini merupakan inovasi yang sangat hebat keluaran Apple.

Walaupun iphone terlahir di Amerika Syarikat, namun pengguna terbesar iphone seluruh dunia adalah China. Berdasarkan statistik, sebanyak 728 juta iphone digunakan diseluruh dunia sehingga april 2017.

China Adalah Negara Pengguna iphone Paling Ramai

statistik 2017

China merupakan pengguna terbesar iphone iaitu sebanyak 228 juta digunakan di china dan diikuti dengan A.S sebanyak 120 juta. Manakala di negara lain 380 juta pengguna iphone menjadikan keseluruhan sebanyak 728 juta.

Pengeluaran pertama iphone hanya dikenali sebagai “iphone” yang mempunyai kamera 2mp sahaja. Tetapi pada masa itu, 2 megapixel sudah tersangat canggih dan menjadi kegilaan ramai walaupun harganya agak tinggi berbanding telefon lain seperti jenama Nokia, Sony Ericsson dan Motorola.

Menurut sumber, jualan iphone pada 9 tahun pertama pengeluaran adalah lebih dari 1 Billion telah terjual sekaligus merangkumi 53.89% daripada pendapatan Apple pada tahun 2019. Hasil ini merupakan kejayaan besar syarikat apple dalam industri telekomunikasi yang berjaya menambat hati pengguna diseluruh dunia.

Sehingga kini, iphone masih menjadi kegilaan ramai terutamanya dikalangan mereka yang berpendapatan besar kerana harganya yang agak tinggi setanding dengan kualiti. Peminat iphone dikalangan remaja di Malaysia juga cukup tinggi, mereka berjimat semata-mata mengumpul duit untuk mendapatkan telefon pintar idaman yang harganya sehingga melebihi RM5000 untuk edisi terbaru.

Semasa zaman nokia, sony ericsson tahun 2007,2008 satu masa dulu saiz penyimpanan (storage) sangat kecil dan sangat perlu kepada kad memori. Manakala kad memori yang biasa digunakan tidak sampai 1GB, namun itu sudah cukup besar pada pandangan pengguna pada masa itu. Saiz kad memori juga perlu sesuai dengan kecanggihan telefon supaya dapat digunakan dengan lancar.

Sekarang saiz kad memori sehingga 1TB (terabyte) boleh digunakan di telefon pintar canggih tanpa sebarang isu. Bayangkan 10 ke 20 tahun akan datang, dengan teknologi yang semakin pesat mungkin 1TB sudah tidak dipandang lagi kerana rata-rata menggunakan saiz yang jauh lebih besar dan mungkin sekeping gambar juga bersaiz besar setanding dengan kualiti kamera pada masa itu.

Malaysia Juga Merekodkan Pendapatan Tertinggi Syarikat Apple

Menurut sumber dari bharian.com.my bertarikh 3 jan 2019, Malaysia menjadi diantara salah sebuah negara yang memberi pendapatan tertinggi kepada Apple inc.

Namun berlaku penurunan pendapatan Apple di China pada 2018 melibatkan produk iphone terutamanya.

“Sebenarnya, sebahagian besar kejatuhan pendapatan kami, dan lebih dari 100 peratus penurunan pendapatan seluruh dunia tahun ini, berlaku di China merentasi produk iPhone, Mac dan iPad,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook.

Baru-baru ini hubungan berlaku perang dagang antara Amerika Syarikat dan China yang menjejaskan sektor ekonomi kedua-dua negara tersebut. Keadaan ini turut menjejaskan negara-negara lain juga yang turut menjalankan kerjasama dengan mereka. Perang dagang bukan bentuk penyelesaian yang baik untuk masalah yang mereka hadapi tetapi hanya memburukkan lagi keadaan.

Kini ditambah pula wabak covid19 yang masih aktif merebak dan Amerika Syarikat adalah negara yang paling tinggi jumlah kes virus covid19 setakat ini. Keadaan ini memberi impak besar kepada ekonomi negara kuasa besar itu.

sumber: statista.com, bankmycell.com, bharian.com.my

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *